Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas

November 29, 2022 · Isu semasa

Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari lepas.

Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 30, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Fathi Naim, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said, menurut laporan Bernama.

Mengikut pertuduhan, suami kepada tiga isteri itu didakwa terhadap tujuh pertuduhan merogol dan masing-masing satu bagi pertuduhan melakukan amang seksual serta hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun.

Dia didakwa melakukan kesemua perbuatan itu dalam sebuah kereta jenis Toyota Vellfire di hadapan surau dan di parkir Dataran Eco World selain dalam sebuah hotel di sekitar Bandar Puncak Alam dekat sini, antara Jun 2021 dan Februari lepas.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ku Hayati Ku Haron yang juga merupakan Pengarah Pendakwaan Selangor menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

“Saya juga memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh dilarang mendekati dan menghubungi mangsa dalam kes ini,” katanya yang turut dibantu TPR Aqharie Durranie dan TPR Nurul ‘Izzati Mohamad.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Samry Masri merayu kepada mahkamah agar anak guamnya dikenakan jaminan rendah iaitu mengikut kes dan bukan mengikut pertuduhan yang dituduh dengan alasan lelaki itu adalah penanggung utama keluarga.

“Sebelum ditangkap tertuduh adalah penceramah bebas dan selepas kes ini tular, dia hilang punca pendapatan. Tertuduh juga mempunyai tiga isteri dan lapan anak berusia satu hingga 11 tahun selain menanggung kedua-dua ibu bapa yang telah tua.

“Selain itu, tertuduh kini menghidapi sakit ‘slipped disc’ dan sedang menjalani rawatan dari semasa ke semasa,” katanya.

Syafeera kemudian membenarkan Muhammad Fathi Na’im diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan serta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 10 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Rayuan pemuda bakar sekolah tahfiz ditolak mahkamah
September 11, 2023· Uncategorized
Popular
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Pokok tumbang hempap empat kenderaan di Cheras
November 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok