
Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan Jho Low.
Kabinet Cyprus dilaporkan telah menarik balik status kewarganegaraan yang diberikan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.
Menurut laporan The Cyprus Mail, sumber mengesahkan pasport Jho Low dibatalkan atas syor Menteri Dalam Negerinya, Nicos Nouris yang didakwa dibuat selepas beliau menerima maklumat baharu berkenaan buruan tersebut.
Mac lalu, kerajaan Cyprus memutuskan tidak mempunyai bukti mencukupi untuk membatalkan kerakyatan Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho yang dikatakan membantu penyelewengan berbilion ringgit dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jho Low dipercayai telah memindahkan hampir 6 juta euro (RM29.4 juta) ke sebuah akaun di Bank of Cyprus serta membeli sebuah banglo tepi pantai di Ayia Napa dengan harga 5 juta euro (RM24.5 juta) sebelum mendapat kewarganegaraan beberapa hari kemudian.
Dilaporkan, ada pihak di Cyprus memfailkan permohonan kewarganegaraan bagi pihak Jho Low.
Jho Low yang turut didakwa di Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) membabitkan skandal 1MDB, dipercayai berada di Macau, yang mana China menafikan menyembunyikan pelarian itu.
Pada Mac, dia dihukum penjara 10 tahun secara absentia oleh Mahkamah Kuwait atas pertuduhan pengubahan wang haram.
Sementara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akui proses membawa pulang Jho Low itu rumit.
Menurutnya kerajaan sedang berunding dengan berunding dengan beberapa negara bagi mengekstradisi buruan itu.