Caruman kepada isteri secara sukarela dan suami tidak wajib bayar: Perkeso

July 20, 2022 · Isu semasa

Cadangan pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 adalah secara sukarela kepada semua suri rumah di Malaysia dan para suami tidak wajib mencarum untuk isteri mereka.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam kenyataan memaklumkan menerusi draf rang undang-undang yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan di Dewan Rakyat semalam, ia menyatakan bahawa suami hanya wajib membayar caruman untuk isterinya jika memilih untuk berbuat demikian dan perlu memaklumkan kepada Perkeso, lapor Bernama.

“Dalam situasi ini, ia boleh menjadi suatu kesalahan kepada suami jika gagal membayar caruman berkenaan. Sabit kesalahan, suami boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagaimanapun, jika pasangan tersebut telah bercerai atau suami terbabit tidak mampu membayar caruman isterinya akibat hilang punca pendapatan atau seumpamanya, maka komitmen beliau untuk membayar caruman adalah terbatal,” menurut kenyataan itu, malam ini.

Perkeso juga menjelaskan isteri atau suri rumah tersebut boleh membayar caruman SKSSR secara sukarela atau bayaran caruman tersebut juga boleh dibuat oleh mana-mana pihak ketiga.

Bagi suami yang tidak memilih untuk membayar caruman SKSSR untuk isteri atau suri rumah yang tidak mempunyai suami, caruman berkenaan boleh dibayar sendiri oleh wanita tersebut atau pihak ketiga kepada Perkeso.

Sehubungan itu, kenyataan tersebut memaklumkan laporan berita yang diterbitkan oleh beberapa media tempatan termasuk menerusi platform dalam talian mengenai kegagalan suami membayar caruman Perkeso isteri yang juga suri rumah boleh dikenakan denda atau hukuman penjara adalah tidak tepat.

Memandangkan laporan berita tersebut tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai, Perkeso menggesa media yang berkenaan untuk mengambil tindakan segera dengan menyiarkan ralat berhubung laporan yang telah diterbitkan.

Semalam, Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 yang bertujuan mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial kepada suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu, meningkatkan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Menurut rang undang-undang itu, satu skim akan diwujudkan bagi tujuan berkenaan yang dikenali sebagai SKSSR selain menyebut suri rumah yang mencarum dalam skim itu berhak mendapat faedah hilang upaya seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal elaun layanan sentiasa, pencen penakat dan faedah pengurusan mayat.

Berita berkaitan
Isteri dan anak bekas MB Negeri Sembilan UMNO antara calon PRN
July 21, 2023· Politik
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
June 7, 2023· Isu semasa
Sekarang PMX kata kerajaan belum bincang pula kenaikan 20% caruman KWSP
May 8, 2023· Isu semasa
Cadangan kerajaan agar majikan naikkan caruman bawa mudarat: SAMENTA
May 3, 2023· Isu semasa
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
October 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
October 2, 2023 · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
12 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
12 jam lalu · Isu semasa
Bajet 2024: Pemain industri perhotelan harap nilai ambang cukai SST dinaikkan
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok