Isteri dan anak bekas MB Negeri Sembilan UMNO antara calon PRN

July 21, 2023 · Politik

Dua nama yang mempunyai kaitan dengan bekas Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad antara disebut-sebut sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Isteri Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dan anaknya, Mohd Najib dikatakan berada dalam senarai calon UMNO dalam PRN Negeri Sembilan, ia walaupun umum mengetahui kes rasuah dihadapi oleh pemimpin veteran UMNO itu sebelum ini.

Untuk rekod, Isa merupakan bekas MB Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 hingga Mac 2004.

Mengikut senarai calon yang tular di media sosial, Mohd Najib akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang manakala Bibi Sharliza di DUN Juasseh.

Sebanyak 50 peratus dalam senarai sama adalah muka baharu sebagai calon di 17 kerusi DUN Negeri Sembilan, termasuk DUN Lenggeng yang menjadi perebutan di antara UMNO dan Parti Amanah.

Bagaimanapun, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, ketika diminta mengulas mengenainya meminta semua pihak bersabar sehingga senarai nama calon PRN diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, malam ini.

“Kita tunggulah malam ini sama ada nama yang tular betul atau tidak. Selebihnya, saya tak tahu apa-apa,” katanya dipetik laporan BH.

Katanya, senarai nama calon bertanding yang tular adalah dianggap tidak betul sehingga pengumuman rasmi dibuat.

“Perkara seperti ini biasa berlaku setiap kali pilihan raya diadakan dan selagi ia belum diumumkan, ia dianggap tidak sahih,” katanya.

Pada 3 Februari 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Isa, 74, atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak oleh FELDA.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC, di sini antara 21 Julai 2014 hingga 11 Disember 2015.

Hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun, jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun, Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun selepas mahkamah memerintahkan supaya hukuman penjara itu berjalan serentak.

Kes rasuah Isa ketika ini masih berada di peringkat Mahkamah Rayuan.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
6 jam lalu· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
7 jam lalu· Politik
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
7 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok