Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta

June 7, 2023 · Isu semasa

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu dalam pembelaannya bahawa barang kemas bernilai jutaan ringgit diberi tanpa diminta kerana sebahagian daripada publisiti perniagaan mereka.

Isteri Datuk Seri Najib Razak yang menjalani hukuman penjara itu memberi kenyataan dalam pembelaan di Mahkamah Tinggi berhubung tuntutan saman barang kemas RM67.46 juta yang difailkan semula oleh Global Royalty Trading SAL (Global Royalty), menurut laporan Malaysiakini.

Jelasnya, syarikat Global Royalty mahukan publisiti untuk perniagaan mereka kerana dia adalah isteri kepada Najib yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

“Oleh itu, barang-barang (perhiasan) dihantar kepada defendan untuk defendan meneliti (perhiasan) atas niat dan kehendak plaintif sendiri, dan tanpa kewajipan di pihak defendan untuk membeli barang tersebut.

“Defendan menafikan bahawa defendan meminta barang kemas seperti yang dinyatakan oleh plaintif.

“Defendan menyatakan di sini bahawa tujuan barang kemas itu dihantar kepadanya adalah untuk faedah dan keuntungan plaintif sendiri (manfaat dan keuntungan plaintif sendiri) dengan mengumpul, mendapatkan dan/atau menarik publisiti di kalangan pembeli,” kata Rosmah dalam laporan Malaysiakini.

Pada April lalu, Global Royalty memfailkan semula tindakan sivil RM67.46 juta ke atas Rosmah, meminta pemulangan barang kemas yang didakwa plaintif telah dihantar kepada defendan untuk tujuan tontonan.

Berbanding pemulangan barang kemas itu, firma terbabit berusaha mendapatkan semula kos barangan berkenaan pada nilai RM67,461,027 (AS$14,567,270).

Sebelum ini, pada 2019 firma berkenaan memfailkan saman untuk 44 barang kemas bernilai AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta tetapi ia ditrik balik kemudian.

Global Royalty mendakwa pada 2018 Rosmah telah menulis surat kepada mereka untuk mengesahkan penerimaan barang kemas terbabit tetapi mendakwa semua itu tidak lagi dalam milikannya kerana dirampas dan diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa.

Dalam pernyataan pembelaannya, Rosmah berhujah bahawa klausa dalam perjanjian antara dia dan Global Royalty ialah barang kemas diserahkan kepadanya untuk diteliti dan diperiksa, dan bil jualan hanya dikeluarkan selepas itu jika dia berminat untuk membelinya.

“Defendan menekankan bahawa dia mengambil langkah berhemat biasa untuk memastikan keselamatan barang kemas itu.

“Defendan akan memberikan butiran langkah keselamatan yang diambil semasa perbicaraan akan datang (tindakan sivil).

“Oleh itu, defendan tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas kehilangan barang kemas itu kerana ia telah diambil oleh Polis Diraja Malaysia dan/atau kerajaan Malaysia melalui kuatkuasa undang-undang, dan defendan bukanlah punca kehilangan barang kemas tersebut,” dakwa Rosmah.

Rosmah seterusnya berhujah dia tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kehilangan barang kemas terbabit kerana rampasan barangan oleh pihak berkuasa adalah tidak dapat diduga dan hanya kerajaan Malaysia boleh diarah untuk membayar kerugian yang dialami oleh syarikat berkenaan.

Berita berkaitan
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023· Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
September 21, 2023· Isu semasa
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023· Politik
Rayuan difailkan berhubung pembebasan kes rasuah Bung Moktar dan isteri
September 19, 2023· Isu semasa
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
24 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
24 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
20 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok