Kemuka dokumen palsu Penjana 2.0, pemilik syarikat didakwa

November 1, 2023 · Isu semasa

Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas tujuh pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi menuntut insentif berjumlah RM24,500 di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0, dua tahun lepas.

Nur Kesuma Kartini Mohamad Zahir, 41, pemilik syarikat Aisy Maju Abadi Trading didakwa memberikan tujuh borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja atas nama syarikat itu kepada seorang ejen Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi menuntut insentif berkenaan, lapor Bernama.

Tertuduh didakwa memperdayakan PERKESO dengan mengemukakan kesemua dokumen yang mengandungi butiran palsu, iaitu tujuh individu yang dinamakan dalam dokumen itu bukan pekerja Aisy Maju Abadi Trading.

Dia dituduh melakukan semua perbuatan itu di Pejabat PERKESO, Jalan Teluk Wanjah di sini pada 22 Jun 2021, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Seksyen itu membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai butir palsu itu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah membenarkan tertuduh yang kini berniaga kecil-kecilan diikat jamin RM10,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan sebutan semula kes pada 5 Dis ini.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM S.Sujatha, manakala tertuduh diwakili peguam Ummi Kalthum Zakaria.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023 · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok