Calon PH, BN dipanggil polis berhubung langgar SOP PRN

November 10, 2021 · Isu semasa

Beberapa calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka dipanggil pihak polis berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) semasa hari penamaan calon pada Isnin lalu.

Tiga calon PH dan dua daripada BN didakwa melakukan pelanggaran SOP semasa penamaan calon, antaranya Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Datuk Seri Idris Haron daripada PKR.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah yang memberitahu sebanyak lima kertas siasatan sudah dibuka setakat ini selepas penyokong calon terbabit didakwa berkumpul untuk menunjukkan sokongan berhampiran pusat penamaan calon.

“Kes Tanjung Bidara buka kertas siasatan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Dan empat lagi kertas siasatan dibuka di DUN lain di bawah seksyen sama iaitu di Kuala Linggi (PH dan BN), Kota laksamana (PH), Telok mas (PH) dan Selandar (PH).

“Semua calon akan dipanggil untuk direkodkan kenyataan mereka bagi membantu siasatan kami,” katanya dipetik laporan media Malaysiakini.

Seksyen 269 Kanun Keseksaan menetapkan kesalahan berhubung tindakan yang boleh menyebabkan penularan penyakit berbahaya, yang boleh dihukum penjara enam bulan atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Peraturan pencegahan penyakit berjangkit pula memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bula atau kedua-duanya.

Menurut Razali, maklumat menunjukkan pelanggaran itu didakwa berlaku di pusat penamaan calon di Tanjung Bidara (BN), Kuala Linggi (PH dan BN), Kota Laksamana (PH), Telok Mas (PH) dan Asahan (PH).

Terdahulu, calon Kota Laksamana Low Chee Leong (DAP), telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar SOP.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
17 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok