Bukti jejak wang 1MDB berdasarkan penyata akaun bank Najib: Saksi

October 11, 2023 · Isu semasa

Pendakwaan kes 1Malaysia Development Berhad (1MBD) berkata keterangan penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah berdasarkan data dalam penyata bank Datuk Seri Najib Tun Razak dan dokumentasi lain.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata pendakwaan tidak pernah memanggil Adam Ariff Mohd Roslan, 29, yang juga saksi ke-47, untuk memberi keterangan sebagai saksi pakar.

“Beliau adalah saksi fakta. Kegagalan untuk menyoal balas adalah sama dengan menerima fakta yang dinyatakan oleh beliau. Ia adalah semudah itu,” katanya.

Ahmad Akram berkata demikian selepas perkara itu dibangkitkan oleh peguam utama Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
yang memaklumkan mahkamah bahawa Adam Ariff bukan seorang saksi pakar, justeru keterangannya adalah tidak relevan.

Terdahulu, saksi itu mengesahkan bahawa beliau bukan hadir sebagai saksi pakar sebaliknya memberi keterangan sebagai penganalisis dalam pasukan petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes 1MDB.

Pada peringkat ini, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mencelah bahawa isu mengenai Akta Keterangan boleh dibangkitkan di akhir kes pendakwaan semasa hujahan.

Semasa pemeriksaan balas, saksi itu berpegang kepada laporan beliau mengenai jejak wang meskipun Muhammad Shafee berhujah bahawa Adam Ariff tidak memiliki dokumen yang mencukupi untuk merumuskan bahawa sejumlah US$20,000,000 telah dikreditkan ke dalam akaun Najib di Ambank.

Kepada soalan lain, Adam Ariff mengesahkan bahawa SPRM tidak memberikan sebarang dokumen berkaitan Bank Riyad di bawah nama ‘Yang Teramat Mulia Putera Faisal bin Turki Al-Saud/YTM Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud.’

Akaun Bank Riyad telah memindahkan dana ke akaun Najib dalam tempoh satu hingga tiga hari selepas Good Star, entiti milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho memindahkan dana kepada akaun Putera Faisal.

Menerusi laporan jejak wangnya bagi fasa Good Star, Adam Ariff berkata sejumlah US$20,000,000 telah dikreditkan ke akaun Najib dalam dua transaksi daripada akaun Good Star di Bank Riyad iaitu pada 24 Feb dan 14 Jun 2011.

Muhammad Shafee: Oleh yang demikian, anda tidak boleh merumuskan secara saintifik bahawa wang berjumlah US$10 juta pada kedua-dua tarikh adalah berasal daripada Good Star.

Adam Ariff: Secara saintifik, tidak.

Muhammad Shafee: Jadi ia adalah pendapat yang berasaskan kepada tekaan bijak?

Adam Ariff: Saya tidak setuju. Saya tidak mempunyai bukti pada akaun bank itu tetapi saya mempunyai bukti sebelum dan selepas pindahan wang dilakukan dan berpendapat bahawa sebagai seorang penganalisis, bukti itu sudah mencukupi.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.

Perbicaraan di hadapan Sequerah bersambung esok.

Berita berkaitan
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu· Isu semasa
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok