Bubar Parlimen selepas bentang Bajet 2023 abai kepentingan rakyat: Rais

October 11, 2022 · Isu semasa

Keputusan membubarkan Parlimen selepas pembentangan Bajet 2023 adalah tindakan tidak bertanggungjawab, kata Tan Sri Dr Rais Yatim.

Yang Dipertua Dewan Negara itu menyifatkan tindakan tergesa-gesa sehingga Bajet 2023 tidak sempat diluluskan dilihat sebagai mengabaikan kepentingan rakyat, walhal ramai orang susah yang memerlukan bantuan ketika ini pada ketika kos sara hidup meningkat dan nilai ringgit jatuh.

Tegasnya, rakyat kini menilai taktik tersebut memandangkan segala pengumuman dalam Bajet 2023 tidak lagi boleh diguna pakai.

“Dalam soal bagaimana Bajet tersebut hendak diperkirakan, hendak kita jawab dahulu soalan yang amat berat iaitu adakah masa untuk mengadakan Pilihan Raya ke-15 (PRU15) ini tepat berkaitan dengan hak serta asasi kepentingan rakyat di bawah.

“Saya mengatakan ini sebagai seorang neutral, yang mempengerusikan dan mengepalai Senat Malaysia. Oleh kerana hal ini adalah hal kenegaraan, dan kepekaan kita terhadap kehidupan,” katanya dipetik Astro Awani.

Justeru, Rais berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada pilihan selain mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 dengan segera bagi mengelakkan rakyat bertambah susah.

Walaupun tidak bersetuju dengan pembubaran Parlimen ketika ini, Rais pada masa sama berpandangan banyak perkara berkait periuk nasi rakyat tidak dapat diselesaikan selagi parlimen tidak dibentuk.

“Pergelutan untuk mengadakan PRU ini bukanlah kehendak rakyat, sebaliknya kehendak pihak yang ada kepentingan dalam soal-soal yang bertemu dengan nasib mereka pada masa akan datang, ini soal politik.” katanya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertindak mengumumkan pembubaran Parlimen walaupun tidak mendapat persetujuan Kabinetnya selepas diberikan tekanan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Berita berkaitan
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023· Politik
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
Tambang kapal terbang mahal tiada penyelesaian, mana janji PRU dulu?
March 21, 2023· Isu semasa
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Popular
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
March 26, 2023
PMX pulang ke tanah air dari Arab Saudi, tak dapat jumpa Putera Mahkota
March 25, 2023
Terpegun lihat Zuhrah, bulan ‘bersatu’
March 25, 2023
Tak patut lantik Asyraf Wajdi jadi pengerusi MARA: Pakar ekonomi
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lawatan Anwar ke Arab Saudi tak dilayan seperti ketua negara?
15 minit lalu · Isu semasa
Tak salah umat Islam ziarah rumah ibadat agama lain: Sultan Selangor
56 minit lalu · Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
16 jam lalu · Isu semasa
Anwar Ibrahim and Muhyiddin Yassin: Two Visits, Two Differing Results
16 jam lalu · Isu semasa
Tiga pengeluar tanggung SST kereta tak sempat diserah 31 Mac: Laporan
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar bohong untuk lindungi Guan Eng, aniayai Muhyiddin
March 24, 2023
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok