Bekalan minyak masa peket pulih dalam masa terdekat

July 2, 2022 · Isu semasa

Kekurangan bekalan minyak masak peket yang berlaku setiap bulan akan pulih dalam masa terdekat selepas kerja-kerja pembungkusan dan agihan minyak dilakukan oleh syarikat pembekal minyak masak bersubsidi.

Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata sehingga kini pengeluaran minyak masak subsidi masih kekal sebanyak 60,000 tan metrik setiap bulan, lapor Bernama.

Katanya, setiap bulan kerajaan akan mengagihkan kuota 60,000 tan metrik minyak masak berkenaan kepada pengilang sebelum ia diagihkan kepada syarikat pembekal dan pembungkus.

“Kebiasaannya, pada satu dan dua hari bulan, baru minyak masak ini dibungkus dalam peket sebelum ia diagihkan untuk dijual kepada pengguna. Proses ini mengambil masa sehari, dua sahaja setiap bulan dan itu perkara biasa jadi tidak timbul isu minyak masak peket tiada di pasaran.

“Kuota minyak masak subsidi yang ditanggung oleh kerajaan ini dijual dengan harga sangat rendah iaitu RM2.50 sepeket berbanding harga yang diapungkan, sebab itu ia mendapat permintaan tinggi daripada pengguna,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan sempena pelaksanaan penentuan harga maksimum ayam dan telur di Pasar Basar Alor Setar yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof.

Sementara itu, Azman menegaskan bahawa tiada sebab untuk peniaga-peniaga menjual ayam melebihi harga siling RM9.40 yang telah ditetapkan oleh kerajaan terutamanya di kawasan luar bandar.

“Sepatutnya tidak timbul isu perbezaan harga jualan ayam di bandar dan luar bandar kerana mekanisme harga yang ditetapkan oleh kerajaan telah mengambil kira margin keuntungan yang mencukupi untuk setiap peringkat.

“Kalau benar-benar berlaku perbezaan harga terutamanya di kawasan luar bandar, KPDNHEP mengalu-alukan aduan daripada pengguna. Berikan maklumat lengkap termasuk harga dan tempat jualan bagi membolehkan tindakan segera diambil,” katanya.

Menurutnya, semalam sebanyak 1,873 premis yang menjual ayam, telur dan minyak masak telah diperiksa dan tiada kes yang membabitkan penjualan melebihi harga kawalan dikesan.

Berita berkaitan
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Dikecam kenyataan minyak turun esok, PMX kata sekarang konteks sudah berbeza
October 16, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
14 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
22 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok