Bekalan air di KL, Gombak masih terjejas – Air Selangor

April 7, 2021 · Isu semasa

Kawasan sekitar Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak masih mengalami gangguan bekalan air dan langkah pemulihan masih berjalan ekoran kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates.

Pihak Air Selangor dalam satu kenyataan berkata pihaknya masih berusaha untuk menstabilkan sistem agihan bekalan air.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan,” kata Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri.

Dilaporkan bahawa kerja penggantian injap itu menyebabkan penutupan sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju (LRA) yang akan mengakibatkan gangguan bekalan air berjadual selama 68 jam.

Status pemulihan bekalan air di kawasan terjejas akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 1530.

Berita berkaitan
Gangguan sementara bekalan air Selangor di 40 kawasan
August 4, 2023· Isu semasa
Lagu ‘Hoi ya hoi’ sindir PMX dan Zahid dinyanyikan di banyak pusat penamaan calon
July 29, 2023· Politik
Calon PN bersama Muhyiddin paling awal tiba, PMX disambut laungan ‘hoi ya hoi’
July 29, 2023· Politik
Penonton dakwa dipukul pasukan keselamatan semasa perlawanan akhir Piala FA
July 24, 2023· Isu semasa
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok