Lagu ‘Hoi ya hoi’ sindir PMX dan Zahid dinyanyikan di banyak pusat penamaan calon

July 29, 2023 · Politik

Lagu “Hoi hoi ya hoi” yang menjadi tema lagu kempen Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kini dipopularkan semula penyokong Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Media melaporkan banyak penyokong Perikatan Nasional (PN) menyanyikan semula lagu yang sering didendangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di pusat penamaan calon seluruh negara sehingga menyebabkan penyokong PH-UMNO koyak dan tidak dapat membalas sorakan mereka.

Antara tempat pusat penamaan calon yang didapati penyokong PN menyanyikan lagi itu antaranya di Gurun, Kuang, Rawang, Taman Templer dan Gombak bagi mengejek PH-UMNO yang kini sudah menjadi rakan politik dalam kerajaan campuran.

Lagu itu dipopularkan kembali oleh artis rap, Altimet dalam pilihan raya umum lalu dengan mengubah suai lirik daripada lagu asal yang dinyanyikan P Ramlee dalam filem Ali Baba dan 40 Penyamun.

Anwar semasa berkempen pada PRU-15 sering mengkritik UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang terpalit dengan 47 kes rasuah yang masih dibicaraka di mahkamah ketika ini.

Sementara itu, Anwar setibanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu juga disambut dengan nyanyian lagu tersebut.

Anwar terdahulu hadir bagi mengiringi calon PH-UMNO yang akan bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Gombak.

Di Gombak, kehadiran penyokong PN dilihat lebih ramai dan mengatasi penyokong PH-UMNO yang ditempatkan sebelah menyebelah di padang sekolah pusat penamaan calon.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
5 jam lalu· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
6 jam lalu· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
6 jam lalu· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023 · Politik
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023 · Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok