Gangguan sementara bekalan air Selangor di 40 kawasan

August 4, 2023 · Isu semasa

Air Selangor memaklumkan hari ini pihaknya sedang melaksanakan kerja-kerja kecemasan pembaikan injap di Jalan Kuching, Gombak, yang terjadi susulan kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Kemalangan itu mengakibatkan kejadian injap pecah, bagaimanapun kerja-kerja pembaikan injap bermula pagi ini dan dijangka siap jam 2 petang ini.

“Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 40 kawasan di Wilayah Gombak bermula jam 7:30 pagi, 4 Ogos 2023 (Jumaat).

“Kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap pada jam 2 petang, pada hari yang sama.

“Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3 petang, 5 Ogos 2023 (Sabtu),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurutnya, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden tersebut dan senarai kawasan yang terjejas dari semasa ke semasa menerusi semua medium, khususnya media massa.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 untuk maklumat lanjut.

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. – Astro Awani

Berita berkaitan
Air Selangor mohon pelarasan tarif air dilaksanakan secepat mungkin
July 4, 2023· Isu semasa
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
June 2, 2023· Isu semasa
Gangguan bekalan air 99 kawasan di Selangor
May 17, 2023· Isu semasa
55 kawasan di Klang, Shah Alam alami gangguan air malam ini
March 24, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
19 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
20 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023 · Isu semasa
Isu bekalan beras, Mat Sabu kata sudah bertemu wakil PM India
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok