Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS

March 26, 2023 · Isu semasa

Seramai 60 orang daripada 14 keluarga terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir di Taiping malam ini.

Banjir melanda susulan hujan lebat selama dua jam di beberapa kawasan di Perak hari ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan PPS dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Relong bagi menempatkan mangsa dari Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5 pada 9.12 malam, menurut laporan Bernama.

“Banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan melebihi dua jam dan melibatkan kawasan perumahan yang rendah,” katanya sambil menambah cuaca ketika ini tidak hujan dan pelbagai agensi serta pasukan penyelamat sedang melakukan pemantauan di lokasi terlibat.

Sementara itu, seramai lapan individu terkandas di kawasan Gunung Liang, Tanjung Malim ketika melakukan aktiviti mendaki.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai mangsa yang terperangkap pada 5.35 petang.

“Kesemua mangsa tidak dapat turun ke kaki bukit atas faktor cuaca dan laluan merintangi sungai telah dinaiki air disebabkan hujan lebat berterusan pada sebelah petang,” menurutnya dalam kenyataan.

Katanya mangsa kemudian berjaya turun dengan bantuan anggota bomba dan Pasukan Bomba Sukarela Slim Village pada 9.35 malam.

Berita berkaitan
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
22 jam lalu· Isu semasa
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023· Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023· Isu semasa
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
3 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
3 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
22 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok