Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan

July 5, 2022 · Isu semasa

Projek tanaman Musang King berkemungkinan antara punca kejadian kepala air berlaku di Baling, kata Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Ahli Parlimen Baling itu tidak menolak kemungkinan kejadian banjir di kawasan tersebut berpunca daripada projek tanaman durian di situ dan berharap ia dapat dihentikan oleh pihak kerajaan negeri.

Ujarnya lagi, penduduk sebelum ini sudah membuat bantahan berhubung projek tersebut dan beberapa kali sudah menyerahkan memorandum meminta projek itu dihentikan.

“Saya mewakili penduduk sudah membawa memorandum bantahan yang ditandatangani oleh 900 penduduk sekitar berserta dengan nombor kad pengenalan mereka, penduduk pun sudah banyak kali melakukan demonstrasi berhubung isu ini.

“Saya sudah serahkan kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi. projek ini diluluskan oleh kerajaan negeri sebelum ini. isu ini bukan sebulan dua tapi sudah bertahun-tahun,” katanya dipetik laporan BH.

Banjir lumpur di Baling semalam mengakibatkan beratus-ratus penduduk dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dengan lebih 80 rumah terjejas serta meragut tiga nyawa, dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam.

Terdahulu, mayat ketiga tragedi kepala air yang dihanyutkan banjir lumpur di Kampung Iboi, di sini ditemukan pasukan penyelamat pada pukul 11.55 pagi ini.

Mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, turut ditemukan di bawah timbunan pokok dan tidak jauh daripada mayat ibunya, Salmah Mat Akib, 53, dan kakak iparnya, Nurul Anis Abu Hassan, 23.

Mengulas lanjut, Abdul Azeez berkata, beliau sangat sedih dengan kejadian yang berlaku sehingga mengorbankan tiga beranak yang tinggal berhampiran sungai berkenaan.

Katanya, beliau mengenali rapat keluarga terbabit yang dikenali sejak sekian lama.

“Saya sudah cakap dalam Parlimen enam bulan lalu, kita di Baling perlukan RM300 juta untuk menyelesaikan isu banjir di Baling, sudah berulang kali saya merayu termasuk kepada Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

“Akhirnya hari ini berlaku juga kejadian tidak diingini hari ini. Bagaimanapun menerusi lawatan Ketua Setiausaha KASA dan Ketua Pengarah KASA bersama saya tadi, mereka menyatakan bersungguh-sungguh akan menyelesaikan masalah di sini,” katanya.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok