Ayam, telur kurang hingga akhir Mac

February 13, 2022 · Isu semasa

Persatuan Peruncit Bumiputera menjangkakan bekalan ayam dan telur akan terus kurang sehingga hujung Mac, walaupun subsidi harga diperkenalkan kepada penternak sepanjang tempoh pelaksanaan Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia.

Presidennya Datuk Ameer Ali Mydin berkata setakat ini, bekalan ayam dan telur di pasar raya berada pada kapasiti 50 peratus.

“Boleh kata, kalau dulu lapan tan meterik sekarang empat tan metrik sahaja. Bukan negeri tertentu sahaja tidak ada bekalan tetapi bekalan kurang untuk satu negara.

“Kalau ada pun, ayam display yang ada, terhad dua ekor untuk seorang. Itupun kita takut kalau orang restoran ambil, orang biasa tak dapat,” katanya dalam temu bual bersama Mingguan Malaysia hari ini.

Menurutnya oleh kerana subsidi harga untuk ayam dan telur baru sahaja diperkenalkan, penternak memerlukan masa untuk menghasilkan pengeluaran.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Mydin Holdings mengakui terkejut apabila bekalan ayam dan telur sekarang ini terjejas teruk.

“Dalam tempoh 50 tahun, tak pernah berlaku tak ada bekalan. Biasa kalau ada bencana ke, banjir ke, sehari dua sahaja akan ada bekalan balik, ini kita putus bekalan sudah sebulan,” katanya.

Ameer dilaporkan berkata, walaupun kekurangan bekalan itu ditampung dengan pemberian permit import (AP) ayam bulat dari luar negara, pengambilan bekalan itu juga memerlukan masa.

“Ayam import ini pun perlu masa dua bulan, ada proses kena buat surat, ada proses rundingan, kena hantar duit dan ini ambil masa,” katanya.

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok