ASP TikTok dari JSJN Bukit Aman

April 25, 2022 · Isu semasa

Pegawai polis wanita yang tular di media sosial kerana membuat ‘live’ atau rakaman video secara langsung menerusi TikTok semasa operasi di sebuah premis hiburan merupakan pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Pengarah JSJN Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata hasil siasatan awal mendapati TikTok pegawai polis berkenaan memang bersifat peribadi dan hanya bertujuan untuk mempromosikan akaun TikTok miliknya.

“TikTok miliknya mengandungi kandungan dan ucapan promosi (peribadi), saya tidak akan bertolak ansur dan tidak akan memilih bulu sama ada pegawai atau anggota polis yang terlibat.

“Sebarang salah laku melanggar prosedur operasi standard pasti tindakan akan diambil, kalau di Johor bukan setakat berpangkat ASP, Supt dan OCPD (Ketua Polis Daerah) pun saya ambil tindakan tatatertib, tiada tolak ansur,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di ibu negara hari ini.

Memetik Bernama beliau berkata perkara itu memang tidak dibenarkan dan Polis Diraja Malaysia ada mengeluarkan tiga arahan mengenai tatacara penggunaan media sosial iaitu pada Mei 2014, Ogos 2020 dan Februari 2021.

Ayob Khan berkata pihaknya kini menunggu tindakan susulan sama ada pegawai terlibat akan ditukar jabatan, dikenakan tindakan tatatertib atau diberi amaran, namun ia bergantung kepada hasil siasatan penuh.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes pegawai polis wanita yang membuat ‘live’ TikTok semasa operasi.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain hari ini mengarahkan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman membuat siasatan secara menyeluruh berhubung seorang pegawai polis wanita membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok ketika operasi di sebuah pusat hiburan itu.

Ia berikutan tular sebuah video berdurasi satu minit 38 saat yang memaparkan pegawai wanita berpakaian jaket seragam operasi PDRM berpangkat ASP menerangkan tentang sebahagian skop kerjanya menjalankan serbuan dan pemeriksaan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok