AP beras masih diperlukan: MAFI

May 19, 2022 · Isu semasa

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menjelaskan walaupun Approved Permit (AP) tidak diperlukan namun, Import Permit (IP) masih diperlukan bagi tujuan membawa masuk produk agromakanan tertentu.

MAFI memaklumkan bahawa AP yang merujuk kepada kelulusan kuota import dan kebenaran mengimport bagi komoditi agromakanan tertentu iaitu kubis bulat, belapa tua biji, ayam (keratan dan ayam bulat) dan susu cair, tidak lagi dikenakan berkuat kuasa serta-merta.

“Bagaimanapun, AP untuk pengimportan beras masih lagi berkuat kuasa. Keputusan pemansuhan AP ini adalah sebagaimana diputuskan Jemaah Menteri,” kata MAFI dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya walaupun AP tidak lagi diperlukan untuk membawa masuk komoditi agromakanan dari luar negara, pengimport masih perlu mempunyai IP bagi tujuan kawalan biosekuriti di pintu-pintu masuk negara.

Ianya bertujuan memastikan kawalan biosekuriti dan produk yang dimport adalah bebas daripada penyakit dan perosak serta diperoleh dari loji yang diiktiraf kerajaan.

“Dengan pemansuhan AP ini, semua syarikat dibenar mengimport semua komoditi agromakanan tertakluk kepada IP yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS),” kata MAFI.

Pengimport perlu mematuhi syarat yang tertulis dalam permit selaras dengan subseksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 dan akta serta peraturan lain.

MAFI juga akan terus memainkan peranan penting bagi memastikan kelangsungan sektor agromakanan pada setiap peringkat rantaian makanan dan supaya rakyat terus mendapat bekalan makanan yang mencukupi, selamat serta berkhasiat.

“Pada masa sama kebajikan pengeluar makanan tempatan juga akan terus dipelihara,” kata MAFI.

Berita berkaitan
Subsidi ditamatkan, jangan risau harga ayam tidak akan naik
November 1, 2023· Isu semasa
AP kereta perlu kekal untuk sokong industri tempatan: Tengku Zafrul
October 19, 2023· Isu semasa
Spekulasi syarikat kerajaan negeri sorok beras adalah palsu
October 12, 2023· Isu semasa
Gagal tangani isu bekalan barang, MP Tanjung Karang minta Mat Sabu letak jawatan
October 11, 2023· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok