AP kereta perlu kekal untuk sokong industri tempatan: Tengku Zafrul

October 19, 2023 · Isu semasa

Sistem permit import (AP) terhadap kenderaan bermotor perlu dikekalkan bagi memastikan keutamaan diberikan kepada industri tempatan dan pembangunan industri automotif yang inklusif seiring aspirasi Dasar Automotif Nasional 2020.

Ia juga bagi mengekang lambakan kenderaan import sepenuhnya (CBU) termasuk kenderaan elektrik (EV) yang tidak mematuhi piawaian keselamatan dan berbahaya kepada pengguna jalan raya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menurut laporan Bernama.

Justeru, langkah mengenakan AP ke atas CBU masih relevan dan perlu dikekalkan berdasarkan justifikasi tambahan, katanya sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab persoalan dibangkitkan Lim Lip Eng (DAP-Kepong) berhubung langkah kerajaan untuk tidak memansuhkan sistem AP, mengecualikan cukai termasuk duti eksais dan import terhadap semua jenis EV termasuk kenderaan komersial dan motosikal.

Tengku Zafrul berkata sistem AP merupakan satu mekanisme pengumpulan data dan maklumat bagi tujuan pengawalseliaan, penambahbaikan dasar dan garis panduan semasa bagi pembangunan sektor automotif di Malaysia.

Pada masa, ia juga memastikan syarat kenderaan kenderaan CBU baharu atau terpakai mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan MITI.

Seperti diumumkan dalam Belanjawan 2023, pengecualian duti import dan duti eksais disediakan oleh kerajaan adalah terpakai kepada semua jenis EV termasuk komersial dan motosikal.

EV yang diimport dalam bentuk CBU, insentif ini terpakai sehingga 2025 dan bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) jenis EV pula ia adalah sehingga tahun 2027.

Selain itu, pengecualian cukai jualan sepenuhnya diberikan kepada EV CKD sehingga 2027.

Bilangan EV berdaftar di Malaysia sejak 2011 sehingga September 2023 secara khususnya jenis kenderaan elektrik bateri (BEV) termasuk semua jenis kenderaan komersial dan motosikal mencecah 12,000 unit.

EV berdaftar berjumlah 3,000 unit pada 2022 dan 7,500 unit sehingga September 2023 berbanding purata 300 unit bagi tahun-tahun sebelumnya.

Berita berkaitan
Pelaburan pada 2022 sejumlah RM264.6 bilion, bakal wujudkan 140,370 pekerjaan baharu
March 8, 2023· Isu semasa
Kerajaan tak jawab soalan syarikat mana dapat import telur: Wan Saiful
March 7, 2023· Isu semasa
Parlimen: Isu skandal LCS jadi tumpuan selepas tiada tindakan kerajaan campuran
February 20, 2023· Isu semasa
Terima kasih Kuala Selangor, kata Tengku Zafrul
November 20, 2022· Politik
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
4 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok