AOL kemudian, kata MB Kedah kepada Menteri Pengangkutan

March 21, 2023 · Isu semasa

Memohon kelulusan membina lapangan terbang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum lesen operator aerodrome (AOL) dibuat, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurutnya apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Kedah setakat ini ialah permohonan kelulusan untuk membina lapangan terbang sebagai ‘enabler’ (pemboleh) kepada industri hub kargo dan MRO (Maintainance, Repair and Overhaul) pesawat.

“Belum sampai kepada peringkat memohon AOL yang harus dilakukan mengikut turutan proses projek,” katanya dalam kenyataan yang ditujukan kepada Menteri Pengangkutan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) daripada DAP, Anthony Loke.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Anthony Loke yang mendakwa Kerajaan Kedah tidak pernah mengemukakan apa-apa permohohan berkaitan projek lapangan terbang di Kulim.

Bagaimanapun, Anthony Loke semalam mengubah sedikit tuduhan dengan mendakwa Kedah tidak pernah memohon lesen AOL daripada Kementerian Pengangkutan.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata AOL yang menjadi lesen pengurusan ruang angkasa hanya boleh dimohon operator lapangan terbang sebelum operasi penerbangan dapat dimulakan.

Jelasnya, pada peringkat perancangan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), permohonan mendapatkan AOL tidak perlu dibuat lagi.

“Lesen Aerodrome atau AOL (Aerodrome Oeprator Licence) iaitu lesen pengurusan ruang angkasa berada di bawah bidang kuasa beberapa pihak iaitu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta beberapa pihak berkuasa lain.

“Ia hanya boleh dimohon oleh operator lapangan terbang, iaitu setelah lapangan terbang siap dan bersedia untuk memulakan operasi penerbangan.

“Kita belum duduk lagi, takkan depa (mereka) nak suruh bersila dah,” katanya.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023· Isu semasa
Sanusi buat perbandingan tindakan sekat peruntukan MP dengan keadaan di Palestin
November 9, 2023· Politik
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok