Anak muda bawa skandal kapal tempur zaman BN ke jalan raya

August 14, 2022 · Isu semasa

Sekelompok individu yang kebanyakannya memakai pakaian hitam hari ini berkumpul di luar pusat beli-belah Sogo di ibu negara dalam satu demonstrasi berhubung skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Tanpa mempedulikan hujan, kumpulan berkenaan memegang sepanduk menuntut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertanggungjawab terhadap skandal itu dengan meletak jawatan.

Beberapa ahli politik terkemuka dikesan di kalangan kumpulan itu ketika tunjuk perasaan berhubung skandal perolehan enak kapal tempur TLDM bernilai RM9 bilion itu memuncak.

Antaranya ialah Ahli Parlimen (MP) Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; MP Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad; dan Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh Sheikh Umar Bagharib Ali.

Demonstrasi jalanan itu diumumkan melalui poster di media sosial oleh kumpulan yang menggelarkan dirinya Jawatankuasa Protes Mana Kapal LCS.

Skandal terbaharu yang menggegarkan negara setelah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sekali gus menumbangkan Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) meletus susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 4 Ogos lalu.

Dalam pendedahan itu PAC berkata kerajaan BN/UMNO telah memberikan lebih RM6 bilion wang rakyat kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk projek pembinaan enam kapal LCS, yang keseluruhannya bernilai lebih RM9 bilion.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata BNS telah membelanjakan semua RM6 bilion yang diberikan kerajaan untuk pembinaan enam kapal LCS itu.

Untuk rekod, kontrak pembekalan enam kapal LCS itu diberikan ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan sebelum digantikan Hishammuddin.

Ia bermula dengan pemberian surat anugerah pada 2011 disusuli penyerahan kontrak kepada BNS pada 2014 untuk membina enam kapal LCS.

Semua kapal itu sepatutnya diserahkan tahun ini, tetapi sehingga kini bukan sahaja tidak diserahkan sebaliknya sebuah LCS pun belum lagi siap sedangkan RM6 bilion telah diberikan oleh kerajaan semata-mata untuk BNS melaksanakan projek itu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok