Aliran masuk modal pelabur asing didorong kemajuan positif PPN

September 11, 2021 · Isu semasa

Kemajuan positif Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diperkenalkan sejak pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan diteruskan kerajaan baharu menjadi pemangkin kepada peningkatan aliran masuk bersih modal pelabur asing ke Malaysia.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata aliran masuk bersih modal pelabur asing sejak Ogos lalu mencatatkan RM7.7 bilion, nilai tertinggi sejak Jun 2020 dan nilai itu juga mengimbangi aliran keluar bagi tempoh dua bulan sebelumnya.

“Aliran masuk bersih dana asing ini didorong oleh kemajuan positif Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang menambah baik situasi keseluruhan kesihatan awam.

“Selain itu, ia juga membenarkan pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Ini menetapkan nada dan hala tuju bagi pemulihan ekonomi Malaysia yang lebih kukuh untuk suku keempat 2021 (S4 2021),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, walaupun tinjauan ekonomi Malaysia terus berhadapan dengan cabaran oleh peningkatan kadar jangkitan berterusan, kemajuan positif vaksinasi dan pengawalan kes Covid-19 yang kritikal dijangka akan mendorong pertumbuhan.

Katanya, beberapa negeri yang beralih ke Fasa Dua dan Tiga PPN, termasuk Lembah Klang yang beralih ke Fasa Dua mulai semalam, akan membolehkan pembukaan ekonomi lebih meluas bagi negeri populasi padat.

“Prospek pertumbuhan yang lebih baik itu mengembalikan keyakinan pelabur terhadap pasaran modal Malaysia.

“Pelabur asing menjadi pembeli utama dengan pelaburan bersih di pasaran bon ringgit berjumlah RM6.6 bilion (Julai 2021: -RM3.6 bilion) dan RM1.1 bilion (Julai 2021: -RM1.3 bilion) bagi pasaran ekuiti negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, sejak Jun 2019, Ogos lalu adalah bulan pertama mencatat pembelian bersih oleh pelabur asing di pasaran ekuiti Malaysia dengan penjualan bersih atau aliran keluar pelabur asing semakin berkurangan.

Beliau berkata, daripada segi pasaran bon ringgit, aliran masuk pelabur asing pada Ogos 2021 tertumpu kepada terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang bernilai RM3.1 bilion (Julai 2021: -RM3.6 bilion); dan terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) sejumlah RM3.2 bilion (Julai 2021: RM425 juta).

“Sehingga akhir Ogos lalu, pegangan pelabur asing bagi bon kerajaan meningkat sebanyak RM23.9 bilion kepada RM226.1 bilion.

“Setakat akhir Jun lalu, lebih daripada 50 peratus pegangan bagi bon kerajaan Malaysia dipegang oleh pelabur jangka panjang seperti pelbagai bank-bank pusat dan kerajaan (32.4 peratus); selain 18.4 peratus dana persaraan dan 2.2 peratus syarikat insurans,” katanya.

Beliau berkata, prospek untuk suku ketiga 2021 dijangka akan terus mencabar susulan Fasa Satu PPN yang berpanjangan bagi beberapa negeri seperti Selangor yang menjadi penyumbang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Bagaimanapun katanya, ini dijangka akan ditampung oleh kelonggaran sekatan bagi rakyat yang lengkap divaksin, serta negeri yang berjaya beralih ke Fasa Dua dan Tiga PPN.

“Bagi suku keempat tahun 2021, prospek dijangka akan lebih cerah kerana kadar vaksinasi yang terus dipertingkatkan akan membolehkan pembukaan semula lebih banyak sektor ekonomi.

“Ini akan meningkatkan prospek peningkatan penggunaan dari permintaan terpendam isi rumah dan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) akhir bulan ini dan Belanjawan 2022 pada akhir Oktober akan memberikan gambaran lebih jelas mengenai hala tuju dasar kerajaan dan membuka jalan kepada pemulihan, pertumbuhan dan penyusunan semula sosio-ekonomi bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

“Kami menjangkakan momentum pemulihan pada suku keempat akan diteruskan pada tahun hadapan, yang mana faktor kepada pertumbuhan negara akan memanfaatkan pertumbuhan KDNK 2022 Malaysia, yang diunjurkan akan berada pada paras enam oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), dan lima peratus oleh Bank Dunia,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok