ADUN DAP positif dadah dakwa dihidang minuman ‘aneh’

January 15, 2022 · Isu semasa

Minuman ‘aneh’ dihidang semasa pertemuan dengan kawan-kawan yang juga klien semasa majlis sempena Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang, dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu.

ADUN DAP itu berkata kemudiaan pihak polis menyerbu pusat hiburan di Perai, Pulau Pinang dimana beliau berada sama kelmarin dan ujian air kencing mendapatinya positif dadah.

Menurutnya, apabila tiba di Perai, beliau dibawa ke lokasi yang mana beliau kemudian ditahan.

“Saya tidak mengambil sebarang bentuk bahan terlarang. Saya terkejut ketika dimaklumkan bahawa ujian air kencing saya positif, kerana saya ini merokok pun tidak.

“Saya dihidangkan minuman yang ‘aneh’, saya tidak meminumnya selepas merasa sedikit.

“Keesokkan harinya saya dimaklumkan bahawa ketika saya ke tandas, seseorang telah datang ke meja dan mengisi gelas minuman saya,” katanya dalam kenyataan dalam Facebook beliau hari ini.

Menurutnya, ekoran insiden itu, semalam sebaik sahaja dibebaskan daripada ditahan polis, beliau telah membuat laporan polis menyatakan beliau terdedah kepada anasir yang mencurigakan.

Naidu berkata, beliau juga telah menamakan saksi kejadian tersebut.

Semalam, media melaporkan seorang ADUN dari Perak ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan karaoke (KTV) di Perai kelmain kerana disyaki positif dadah.

Selain ADUN berusia 50-an berkenaan, turut ditahan dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu ialah 35 individu lain iaitu 28 lelaki dan lapan wanita kerana disyaki positif dadah.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming sudah meminta Naidu memberi laporan bertulis berhubung penahanannya itu.

Kata Kor Ming laporan lengkap itu diperlukan supaya pimpinan parti baik di peringkat negeri mahupun Pusat dimaklumkan mengenai situasi sebenar yang berlaku.

“Beliau sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Kita juga sudah meminta beliau mengemukakan laporan bertulis berhubung kejadian itu kepada parti,” katanya dalam satu kenyataan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
14 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok