41 kes baharu Covid-19 disyaki varian Delta dikesan Parlimen

November 30, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 41 kes positif Covid-19 disyaki varian Delta dikesan sepanjang persidangan Dewan Rakyat bermula 27 Oktober hingga 28 November 2021 lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 25 daripada kes terbabit dikesan melalui saringan berkala semalam, dengan semua pesakit telah diasingkan dan tiada kluster dilaporkan.

“Kes-kes yang dikenalpasti ini mempunyai kadar kebolehjangkitan dengan nilai CT value atau nilai ambang RT PCR antara 13.70 hingga 36.11.

“Setakat ini, semua sampel berkemungkinan besar adalah varian Delta yang dikesan melalui saringan menggunakan ujian PCR Genotyping Assay.

“Bagi mengesahkan jenis varian ini, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan jujukan genom (genomic study) dan masih menunggu keputusan penuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehingga kini, katanya secara keseluruhannya terdapat 84 kes positif Covid-19 yang disahkan menerusi ujian RT-PCR) di mana 18 kes dikenal pasti hasil saringan Pra-Persidangan Dewan Rakyat pada 22 hingga 25 Oktober 2021.

“Tindakan kawalan dan pencegahan telah dijalankan. Kesemua kes telah diasingkan dan hasil siasatan mendapati kes-kes tersebut tiada kaitan epidemiologi dan tiada kluster dilaporkan,” katanya.

Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas Dewan Rakyat kini sedang berlangsung, bermula 25 Oktober 2021 hingga 23 Disember 2021.

Pihak Parlimen bersama KKM telah melakukan saringan berkala sepanjang persidangan ini bagi memastikan kelancaran perjalanan sidang serta mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata pasukan kesihatan dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya sedang melakukan siasatan dan pengesanan kontak rapat serta penilaian risiko bagi mengenalpasti punca jangkitan.

“Ini bagi memastikan tindakan lanjut dapat dilakukan segera selain aktiviti disinfeksi di kawasan-kawasan sekitar Parlimen.

“KKM akan memaklumkan situasi jangkitan Covid-19 di Parlimen dari semasa ke semasa. Status kesihatan semua kes positif Covid-19 dan kontak rapat serta kes baharu yang mungkin akan dilaporkan dalam tempoh inkubasi akan dipantau,” katanya

Justeru, beliau menasihatkan individu yang hadir ke Parlimen terus memantau kesihatan kendiri menggunakan aplikasi MySejahtera. Sekiranya bergejala, jangan hadir ke Parlimen, jalani ujian saringan Covid-19 dan segera dapatkan rawatan.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok