220 cerun berisiko runtuh

December 21, 2021 · Isu semasa

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengesan kira-kira 220 cerun kritikal yang berisiko berlaku tanah runtuh pada musim tengkujuh, selain Malaysia adalah negara membangun yang terletak di kawasan tropika.

Ketua Pengarah JMG, Hisamuddin Termidi berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 122 cerun itu diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi untuk runtuh.

“Lokasi tersebut sebagai contoh di Lembah Klang, berlaku kejadian bencana terutama banjir yang berlaku baru-baru ini iaitu di Sungai Penchala yang agak teruk dan banyak kemusnahan.

“Selain itu kawasan berisiko terlibat antaranya di Jalan Sungai Tekali, Hulu Langat serta Jalan Genting Peras-Kuala Klawang,” katanya hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan penyerahan Telaga dan Sistem Penapisan Air Bawah Tanah Ringkas (SPATR) daripada JMG kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) di Loji Rawatan Air Tupah di Sungai Petani, hari ini.

Berhubung kejadian tanah runtuh dan kepala air di Pahang, kata beliau, pasukannya akan memasuki kawasan tersebut untuk tindakan dan siasatan.

“Bagi kejadian di Pahang, setakat ini aksesibiliti menjadi satu isu kepada kita,” ujarnya.

Proses urbanisasi yang pesat serta keadaan cuaca buruk akan mengakibatkan Malaysia terdedah kepada bencana geologi seperti tanah runtuh.

Berita berkaitan
Kemalangan van di Balik Pulau korbankan seorang warga Singapura
September 25, 2023· Isu semasa
‘Kami boleh dengar suara di bawah runtuhan pangsapuri 11 tingkat’
February 8, 2023· Dunia
Angka korban gempa bumi berkembar di Turkiye, Syria meningkat
February 7, 2023· Dunia
60 maut jambatan gantung runtuh
October 31, 2022· Dunia
Popular
Wisma Putra sahkan Ebit Lew masih teruskan misi bantuan Palestin
June 12, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Doktor sertai mogok umum tak beretika, moral rendah
July 26, 2021
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok