‘Kami boleh dengar suara di bawah runtuhan pangsapuri 11 tingkat’

February 8, 2023 · Dunia

“Tolong senyap!” penyelamat merayu kepada keluarga Turki yang sedih dan berkerumun di sekitar runtuhan bangunan yang didiami orang tersayang mereka setelah gempa bumi kuat meragut ribuan nyawa dan menyebabkan jutaan lagi sengsara.

“Kami boleh mendengar suara di bawah runtuhan.”

Keluarga berkenaan diam dan berasa teruja dengan kemungkinan seseorang ditarik keluar hidup-hidup dari runtuhan itu – lebih sehari selepas bandar Diyarbakir di tenggara Turki lumpuh akibat gegaran 7.8 magnitud pada Isnin (6 Februari).

Tetapi kemudian, penantian yang lama, menyakitkan dan mungkin tidak membuahkan hasil.

Pegawai penyelamat menganggarkan kira-kira 13.5 juta penduduk Turkiye terjejas secara langsung oleh gegaran paling kuat di negara yang terdedah kepada gempa bumi itu dalam hampir satu abad.

Ia telah meragut lebih 3,500 nyawa di Turkiye dan 1,600 lagi di negara jiran Syria.

Tetapi bilangan yang tidak terkira masih tertimbus di bawah runtuhan ribuan menara pangsapuri – kebanyakannya baru dibina – yang telah runtuh akibat gempa sebelum subuh dan gegaran susulannya yang seolah-olah tiada henti.

Jutaan penduduk di Turkiye dan Syria terjejas secara langsung akibat gempa bumi paling kuat di kedua-dua negara itu yang kini mengorbankan lebih 5,000 orang.

Sofa kuning, selimut dan beberapa periuk belanga menunjukkan mangsa tertimbus di bawah serpihan sebuah kompleks pangsapuri 11 tingkat di Diyarbakir.

Kini, ia tidak lain hanyalah debu dan serpihan batu bata runtuhan. Hampir tidak dapat dijelaskan, beberapa bangunan berdiri tinggi di sebelahnya dengan sedikit atau tiada kerosakan sama sekali.

Pada masa sama, polis Turkiye mengambil sampel dari tiang bangunan yang runtuh untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, tuduhan pelanggaran kod pembinaan bangunan secara terang-terangan berleluasa di seluruh Turkiye.

“Dua saudara mara kami meninggal dunia dan tiga terperangkap,” kata Remziye Tekin, 60 tahun, yang tinggal di situ sambil mengharapkan berita baik sejak bencana melanda.

“Tuhan, tolonglah kami!”

Dua puluh bangunan rosak akibat gempa bumi di Diyarbakir, bandar yang kebanyakannya dihuni puak Kurdish yang mengalami gelombang keganasan maut antara militan dan tentera kerajaan Turkiye.

Tujuh daripadanya telah runtuh sepenuhnya.

Tanpa tidur, keletihan secara fizikal dan moral, para penyelamat cenderung menemui adegan yang menakutkan di bawah semua serpihan itu pangsapuri itu.

Di satu tapak, mereka menemukan mayat seluruh keluarga – ibu, bapa dan dua anak.

Ketika mayat ditemui, ibu bapa kelihatan cuba melindungi anak-anak mereka tetapi tiada yang selamat, kata saksi kepada media.

Baver Tanrikut, 30, gementar memikirkan apa yang berlaku kepada ibu dan kakaknya.

Dia mendengar mereka berlari mengikutinya keluar apabila semua orang bangun dan berlari menyelamatkan diri ketika bangunan mereka mula bergegar.

“Ketika saya berada di luar, saya mula berlari dan apabila saya menoleh ke belakang, semuanya bertukar menjadi debu,” katanya.

“Bangunan itu runtuh. Saya melihat adik saya tertimbus di bawah runtuhan sehingga ke pinggangnya, berdarah. Dia menjerit ‘mak, mak’. Ibu saya, yang hampir tidak boleh berjalan, terperangkap di dalam.” – Agensi

Berita berkaitan
Filipina digegar gempa bumi magnitud 6
March 7, 2023· Dunia
Misi bantuan MP Perikatan Nasional berlepas ke Turkiye
March 3, 2023· Isu semasa
Selatan Turkiye dilanda dua lagi gegaran gempa bumi
February 21, 2023· Dunia
Ciapan gambar Wan Azizah bersama PM di Dewan Rakyat sebaik pulang dari Turkiye
February 17, 2023· Politik
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023
Kim Jong-un arah tentera siap sedia serangan nuklear ke atas AS
March 20, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Lagi Dunia terkini
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023 · Dunia
Kim Jong-un arah tentera siap sedia serangan nuklear ke atas AS
March 20, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
March 22, 2023
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok