
Bangunan yang ranap selepas gempa berkembar di Turkiye pagi semalam (6 Februari 2023).
Gegaran pertama melanda pada kedalaman 11 batu dan berpusat di selatan Turkiye, berhampiran sempadan utara Syria, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Pusat gempa 7.8 magnitud itu berada 23 kilometer (14.2 batu) timur Nurdagi, di wilayah Gaziantep Turkiye, pada kedalaman 24.1 kilometer (14.9 batu), kata USGS.
Sekitar sembilan jam kemudian, gempa susulan yang berukuran 7.5 magnitud sekali lagi melanda di Turkiye, menurut USGS. Kejutan itu melanda sekitar 95 kilometer (59 batu) di utara gempa asal.
Banyak gempa susulan kemudian menggegarkan kawasan itu selepas gempa bumi awal. Dalam 11 jam pertama, wilayah itu telah merasakan 13 gegaran susulan yang ketara dengan magnitud sekurang-kurangnya lima, kata Alex Hatem, ahli geologi USGS.
Para saintis sedang mengkaji sama ada gempa bumi berukuran 7.5 magnitud yang berlaku sembilan jam selepas kejutan utama adalah gempa susulan.
“Lebih banyak gegaran susulan sudah dijangka, memandangkan saiz gempa pertama itu. Kami menjangkakan gegaran susulan akan berterusan dalam beberapa hari, minggu dan bulan akan datang,” kata Hatem.
Pakar memberi amaran tragedi itu boleh meragut 10,000 nyawa apabila kedua-dua gempa itu – antara yang paling kuat dalam sejarah di rantau itu – melanda dalam beberapa jam antara satu sama lain.
Lebih 2,300 orang dilaporkan terbunuh akibat gempa bumi berukuran 7.8 magnitud berhampiran sempadan Syria-Turkiye, dengan jumlah korban dijangka meningkat apabila gegaran susulan berterusan sepanjang hari.
Gempa bumi menyebabkan kemusnahan besar di kawasan terbabit kerana kuasanya – ia adalah gempa bumi terkuat yang melanda Turkiye sejak 1939 – dan kerana ia melanda wilayah ramai penduduk.
Kemusnahan akibat gempa bumi berkembar yang menggegarkan barat daya Turkiye pagi semalam dilaporkan melangkaui radius 200 batu.
Bangunan dilaporkan runtuh sehingga sampai ke bandar Aleppo dan Hama di Syria hingga ke Diyarbakir Turk, Turkiyei, lebih 200 batu ke timur laut.
Hampir 900 bangunan musnah di wilayah Gaziantep dan Kahramanmaras, Turkiye, kata Naib Presiden Fuat Oktay, manakala sebuah hospital runtuh di bandar pesisir pantai Iskenderun.
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan sebelum ini mendakwa lebih 3,000 bangunan di Turki telah roboh – walaupun jumlah itu hampir pasti akan meningkat. – Agensi