[VIDEO] Al-Qassam serang Israel, tembak 130 roket

May 12, 2021 · Dunia

Briged Izuddin Al-Qassam (Al-Qassam) – sayap tentera Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) – mengotakan janji apabila melancarkan serangan roket bertali arus ke arah penempatan rejim Israel dan pendatang haram Yahudi di Tebing Barat dan ibu negara rejim Tel Aviv hari ini.

Pada masa sama pasukan Saraya Al-Quds, sayap tentera Jihad Islam turut melancarkan puluhan roket ke arah Israel.

Serangan kedua-dua kumpulan pejuang berani mati itu dibuat sejurus jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaidah memberi amaran pejuang akan melepaskan roket ke ibu negara Israel, Tel Aviv, jika rejim itu terus menyasarkan penempatan awam di Semenanjung Gaza.

Amaran itu tidak dipedulikan rejim Israel yang kemudian menyerang penempatan awam di sekitar Semenanjung Gaza, menyebabkan Al-Qassam bertindak balas.

Serangan roket pejuang Palestin, Briged Al-Qassam mengenai penempatan Yahudi di Holon, malam tadi, memusnahkan beberapa kereta dan mencederakan enam individu. – Gambar AFP

Dalam perkembangan terbaharu, roket yang dilancarkan Al-Qassam jatuh di kawasan penempatan rejim Israel di Ashkelon yang diduduki secara haram sejak 1948.

Ashkelon terletak di wilayah pinggir pantai kira-kira 50 kilometer dari Tel Aviv dan 13 kilometer dari sempadan Semenanjung Gaza.

Serangan roket pejuang Palestin dari Semenanjung Gaza ke wilayah Ashkelon berhampiran Tel Aviv menyebabkan dua individu terkorban. – Gambar Twitter

Israel melaporkan dua individu maut dalam serangan roket Al-Qassam di Ashkelon, dan enam lagi cedera apabila roket mengenai sebuah bas dan beberapa buah kereta di Holon, selatan Tel Aviv.

Pada masa sama, Briged Al-Quds mengesahkan tiga komandernya syahid dalam serangan udara rejim Tel Aviv ke atas sebuah apartment, hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan jumlah kematian akibat serangan rejim Zionis ke atas penempatan penduduk di Semenanjung Gaza meningat kepada 28 orang, manakala 152 lagi cedera.

Tentera rejim Zionis Israel berlindung ketika siren amaran dibunyikan ketika pejuang Palestin melepaskan roket di Ashkelon, hari ini. – Gambar Twitter

Lima kawasan penempatan penduduk di Semenanjung Gaza dibedil serentak tentera udara rejim Zionis Israel, petang tadi waktu Palestin. – Gambar Twitter

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok