Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal

October 9, 2023 · Dunia

Seramai lebih 40,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza hilang tempat tinggal dan telah berpindah akibat serangan berterusan tentera Israel sejak Sabtu.

Pengurus MyCARE Gaza Dr Ziad Shehada berkata menurut Kementerian Pembangunan Sosial Palestin, kesemua mereka telah meninggalkan kediaman dan cuba mencari perlindungan termasuk di sekolah-sekolah, lapor Bernama.

“Mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain, bergantung kepada sejauh mana tempat tersebut berbahaya. Mereka sangat memerlukan tilam, selimut, bantal dan keperluan lain yang mendesak.

“Bekalan elektrik di (Semenanjung) Gaza juga telah dipotong dan kami hanya boleh mendapatkan elektrik cuma empat jam sehari. Internet juga sangat lemah dan tidak tersedia.

“Rangkaian (bekalan) air dan kumbahan telah musnah di beberapa kawasan. Ramai orang juga pergi ke kedai untuk mendapatkan (bekalan) makanan yang mereka perlukan kerana percaya ini adalah peperangan yang panjang dan (buat masa ini) banyak barangan sudah habis,” katanya dalam hantaran video berbahasa Melayu berdurasi empat minit lebih, di sini, hari ini.

Ziad, yang pernah belajar di Malaysia, berkata dia dan keluarga berserta dua keluarga adik-beradiknya juga telah berpindah ke tempat baharu.

“Kami juga cuba membantu di hospital tetapi kami tidak dapat melakukannya kerana serangan berterusan. Kami juga cuba keluar untuk membantu mereka yang cedera,” katanya lagi.

Katanya, serangan sejak 33 jam yang lalu (ketika rakaman video) turut memberi tekanan emosi yang berat kepada kanak-kanak.

“Hampir setiap minit kami mendengar letupan besar sejak permulaan pertempuran. Kami tidak tidur dengan lena sehingga sekarang. (Kedengaran) anak-anak menjerit dan menangis setiap kali berlaku letupan.

“Mereka benar-benar memerlukan rawatan psikologi selepas serangan untuk merawat ketakutan mereka, contohnya anak saya Abdullah, memegang tangan saya sepanjang malam dan gementar setiap kali berlaku letupan,” katanya.

Katanya, memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin, jumlah penduduk yang terkorban adalah seramai 330 orang manakala lebih 2,000 orang cedera, serta difahamkan masih ramai terperangkap di bawah runtuhan bangunan susulan serangan pihak Zionis itu.

Terbaharu, dalam hantaran di Facebook hari ini, Ziad berkata seorang rakyat Palestin Dr Mohamad J Alzaneen yang baharu sahaja menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Negeri Sembilan dan pulang ke Semenanjung Gaza beberapa minggu lepas, terbunuh bersama 20 ahli keluarganya termasuk isteri dan anak-anaknya, selepas kediaman mereka dibom.

Berita berkaitan
Anwar akui pernah beri ucap tama dałam program LI, tegaskan PKR bukan ahli
November 7, 2023· Politik
Dewan Rakyat kecoh selepas seorang MP kerajaan didakwa sokong Israel
October 30, 2023· Politik
Perjuangan rakyat Palestin berasaskan hak dan kehormatan, bukan dendam dan kebencian
October 29, 2023· Rencana
MP Pasir gesa dedah negara ugut PM, tapi menteri kata tak elok namakan mereka
October 26, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok