Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang

November 23, 2023 · Dunia

Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh dalam serangan udara dan darat Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas meningkat kepada 14,532 orang.

Ini termasuk lebih 6,000 kanak-kanak dan 4,000 wanita, kata pejabat media di wilayah dikepung itu pada Rabu, lapor Bernama.

Angka kematian dalam kalangan kakitangan perubatan mencecah 205 orang, termasuk doktor, jururawat dan paramedik, menurut pejabat itu dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.

Sebanyak 25 anggota pasukan pertahanan awam dan 64 wartawan juga antara yang terbunuh.

Pejabat itu berkata jumlah kecederaan pula mencecah lebih 35,000 orang dengan lebih 75 peratus daripada bilangan berkenaan merupakan kanak-kanak dan wanita.

Menurut pejabat itu, sekurang-kurangnya 7,000 orang dilaporkan hilang di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt, sama ada tertimbus di bawah runtuhan, jenazah mereka terbaring di jalan atau nasib mereka tidak diketahui.

Kemusnahan infrastruktur dan hartanah

Jumlah bangunan kerajaan yang musnah mencecah 102 selain 266 sekolah dengan 67 daripadanya tidak lagi beroperasi.

Sebanyak 85 masjid musnah sepenuhnya manakala 174 lagi mengalami kerosakan. Tiga gereja juga menjadi sasaran serangan.

Selain itu, sebanyak 45,000 rumah musnah sepenuhnya manakala 233,000 lagi kediaman rosak sebahagiannya.

Sekurang-kurangnya 26 hospital dan 55 pusat kesihatan juga tidak beroperasi.

Tentera penceroboh juga menyasarkan 56 ambulans dengan banyak kenderaan itu tidak dapat digunakan kerana kekurangan bahan api.

Pasar dan kedai komersial juga mengalami kekurangan barangan keperluan dan pelbagai barangan makanan manakala kedai roti menutup sepenuhnya operasi mereka.

Hampir 1.7 juta rakyat Palestin di Gaza hilang tempat tinggal akibat serangan Israel dengan hampir 770,000 orang mencari perlindungan di 99 kem UNRWA, menurut timbalan jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq.

Pembukaan lintasan Kerem Shalom

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu terus mendesak pembukaan lintasan Kerem Shalom di Israel dan bantuan kemanusiaan malah kemasukan barangan komersial ke Gaza juga perlu diteruskan.

“Pada masa ini, kami terus menggunakan lintasan Rafah.

“Keupayaan lintasan Rafah untuk mengendalikan jumlah bantuan yang kami perlukan adalah terhad. Jadi itulah sebabnya kami terus mendesak pembukaan lintasan Kerem Shalom,” kata Haq kepada wartawan.

Beliau berkata PBB dan rakan kemanusiaannya bersedia untuk memanfaatkan peluang jeda kemanusiaan untuk meningkatkan operasi kemanusiaan.

“Penduduk Gaza tidak boleh bergantung kepada bantuan kemanusiaan semata-mata.

“Penghantaran barangan komersial perlu diteruskan semula, terutamanya melalui lintasan Kerem Shalom, yang mempunyai kapasiti untuk itu,” katanya.

Setiausaha Agung PBB untuk Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan, Martin Griffiths pada minggu lalu berkata, lintasan Kerem Shalom digunakan untuk membawa lebih 60 peratus muatan trak yang menuju ke Gaza sebelum konflik.

Beliau berkata antara 21 Okt dan 21 Nov, sekurang-kurangnya 1,399 trak membawa bekalan kemanusiaan tidak termasuk bahan api telah memasuki Gaza melalui sempadan Mesir.

Jumlah itu agak rendah berbanding purata bulanan hampir 10,000 trak komoditi komersial dan kemanusiaan tidak termasuk bahan api memasuki Gaza sebelum 7 Okt.

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kesatuan Wartawan bimbang tindakan diambil terhadap pengamal media, tarik pas perakuan
November 10, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok