Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel

December 5, 2023 · Isu semasa

Pihak berkuasa digesa menyiasat video tular satu temubual seorang individu yang mengaku warganegara Malaysia dan seorang kakitangan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Ketua Penerangan Armada Jasin, Na’im Brundage mendakwa video tersebut tidak menghormati sensitiviti majoriti umat Islam di Malaysia yang bersimpati dengan penindasan dibuat rejim Zionis itu yang membunuh kanak-kanak dan orang awam.

Tegasnya, video tersebut telah menimbulkan keraguan dan mengganggu ketenteraman awam sekali gus mengundang reaksi negatif daripada masyarakat.

“Video tersebut memaparkan seorang lelaki bernama Victor Yong Jen Ong yang mencadangkan agar Malaysia dan Israel mewujudkan hubungan diplomatik.

“Dia juga mencadangkan agar Israel mewujudkan sebuah kedutaan di negara ini sedangkan ia jelas bertentangan dengan pendirian Malaysia untuk tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.

“Di dalam video tersebut juga Victor cuba untuk menyalahkan masyarakat dan organisasi Arab yang didakwanya mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia terhadap Israel. Pertuduhan itu jelas adalah cubaan berniat jahat untuk menyebarkan propaganda dan maklumat palsu kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tegas Na’im lagi, pihak polis perlu mengambil tindakan segera dengan menyiasat ketulenan video tersebut yang dikhuatiri individu yang terlibat itu bersekongkol dengan agen negara Israel untuk menyebarkan berita palsu dan maklumat salah di media sosial.

“Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat yang berhak untuk menetapkan pendirian hubungan luar negeri harus segera mengambil tindakan tegas terhadap sebarang gangguan dan cubaan dari pihak luar untuk mempengaruhi sentimen rakyat Malaysia terhadap pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku terhadap rakyat Palestin di Gaza,” ujarnya.

Dalam pada itu, satu laporan polis dibuat bagi menuntut siasatan dijalankan terhadap seorang individu tersebut.

Malah lelaki dikenali sebagai ‘Victor Yong Jen Ong’ dalam media sosial, juga turut mendakwa perlunya ada hubungan diplomatik antara Malaysia dan kerajaan rejim Zionis Israel.

Pengadu, Syed Muhammad Shafiq Syed Jaafar berkata laporan polis dibuat selepas beliau mengesan video temubual antara pempengaruh popular Israel, Hananya Naftali, dalam laman media sosial X.

Peguam, Rafique Rashid berkata, laporan polis yang dibuat itu adalah suara kerisauan rakyat Malaysia.

“Kita sedia maklum Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel dan kini melalui video temubual itu ada usaha untuk menormalisasi hubungan Malaysia dan rejim Zionis, itu yang menjadi kerisauan.

“Kita benar-benar hendak pastikan isu ini diambil serius bukan hanya oleh pihak polis tetapi paling penting adalah kerajaan termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi kerajaan berkaitan.

Video berdurasi 5.33 saat yang disiarkan dalam akuan rasmi laman X milik Hananya setakat ini masih boleh ditonton dan masih belum dipadamkan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, mengesahkan menerima laporan polis berkenaan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok