Kesatuan Wartawan bimbang tindakan diambil terhadap pengamal media, tarik pas perakuan

November 10, 2023 · Politik

Tindakan kerajaan campuran memberi tekanan terhadap pengamal media menimbulkan kebimbangan Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM).

NUJ dalam satu kenyataan memberi maklum balas berhubung tindakan Jabatan Penerangan (Japen) membatalkan pas akhbar wartawan Harakah serta akreditasi akhbar itu baru-baru ini.

Setiausahanya, Teh Athira Mohamed Yusof berkata, tindakan itu mesti mengambilkira kebajikan wartawan terbabit dengan pembatalan kad perakuan medua tersebut.

“NUJM bimbang wartawan terbabit tidak dibenarkan menjalankan tugas, tidak dibayar gaji sekali gus menjejaskan mata pencarian mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, NUJM memandang serius kekerapan tindakan keras yang dikenakan ke atas organisasi media dan kakitangannya sejak kebelakangan ini.

Malah NUJM berpandangan lebih baik kerajaan menyegerakan penubuhan Majlis Media Malaysia bagi memastikan kejadian seperti itu tidak berulang dan nasib petugas media terbela.

“Kementerian Komunikasi dan Digital harus bertemu dengan Jabatan Penerangan untuk mengkaji pembatalan tag media wartawan di Harakah Daily dan akreditasi penerbitan kerana ia telah menjejaskan demokrasi dan kebebasan akhbar yang diamalkan di Malaysia sejak kemerdekaannya.

“Kami berharap Jabatan Penerangan mempunyai penjelasan mengapa kejadian ini berlaku. Jika memang terdapat sebarang laporan palsu oleh penerbitan, tindakan selanjutnya hendaklah diambil mengikut undang-undang dan peraturan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa Japen mengambil balik kad perakuan media (KPM) milik wartawan yang bekerja dengan lidah rasmi parti itu iaitu akhbar Harakah.

Ahmad Fadhli berkata, pihak Harakah telah menerima surat daripada Japen yang menyatakan kad media wartawannya diambil balik.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil memberitahu Dewan Rakyat, kad perakuan media Harakah Daily ditarik Japen.

Tindakan itu dipercayai teguran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung artikel portal Harakah Daily bertajuk ‘Malaysia Di Bawah Anwar Ragu-Ragu Sokong Palestin?’ dengan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim berlatar belakangkan bendera Israel.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
6 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
24 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok