FDA izin jualan e-rokok Vuse Solo

October 13, 2021 · Dunia

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama meluluskan penggunaan produk rokok elektronik (e-rokok), sekali gus membenarkan penjualannya oleh British American Tobacco Plc di negara itu.

FDA meluluskan e-rokok keluaran syarikat itu – Vuse Solo – berserta katrij untuk mengisi semula.

Bagaimanapun, agensi itu menolak membenarkan penjualan sesetengah produk perisa dimohon di bawah jenama keluaran R.J. Reynolds Vapor Co’s Vuse Solo, kerana gagal menunjukkan dengan tepat ianya melindungi kesihatan awam.

e-rokok mengandungi cecair nikotin, semakin popular dalam kalangan remaja, dengan pengawal selia kesihatan cuba menghalang penjualan kepada golongan itu.

Julai lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran e-rokok dan alat seumpamanya berbahaya kepada kesihatan dan harus ada undang-undang untuk mengekang taktik industri tembakau untuk memikat golongan muda menggunakan nikotin.

“Nikotin menyebabkan ketagihan. Sistem penghantaran nikotin elektronik (ENDS) berbahaya, dan mesti dikawal dengan lebih baik,” kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

September lalu, FDA menangguhkan keputusan membenarkan pengeluar e-rokok memasarkan produk mereka di AS, susulan kesannya kepada kesihatan awam.

Data kajian pada 2021 menganggarkan 2.06 juta pelajar sekolah di AS menggunakan e-rokok dengan Puff Bar, Vuse dan Juul menjadi antara jenama paling popular.

Sebilangan besar pengguna mengatakan mereka menggunakan produk berperisa buah-buahan, gula-gula dan pencuci mulut.

FDA mengatakan data kajian menguatkan keputusannya untuk membenarkan produk berperisa tembakau kerana ia kurang popular di kalangan belia.

“Data pengeluar menunjukkan produk berperisa tembakau dapat memberi manfaat kepada perokok dewasa yang ketagihan yang beralih ke produk itu – sama ada sepenuhnya atau dengan pengurangan penggunaan rokok yang ketara – dengan mengurangkan pendedahan mereka kepada bahan kimia berbahaya,” kata Mitch Zeller, Pengarah Pusat Produk Tembakau FDA, dalam kenyataannya.

Sejak hampir dua tahun Juul dan Vuse hanya menjual perisa tembakau dan menthol di AS. – Agensi

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Penyanyi rap dibayar AS$100 juta bantu Jho Low henti siasatan AS
April 21, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok