60 maut jambatan gantung runtuh

October 31, 2022 · Dunia

Ketika lebih 150 terbunuh dalam rempuhan Pesta Halloween di Seoul, Korea Selatan malam kelmarin, di India pula Pesta Dewali pula menyebabkan sekurang-kurangnya 60 maut dan berpuluh-puluh cedera parah apabila jambatan gantung di Gujerat, barat India, runtuh pada Ahad (30 Oktober 2022).

Menteri Gujerat, Brijesh Merja memberitahu Asian News International (ANI), agensi berita India, bahawa 60 orang terbunuh dalam jambatan runtuh itu.

Media India melaporkan bahawa kanak-kanak adalah antara yang terbunuh.

Operasi menyelamat dijalankan dengan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan.

Lebih 400 orang berada di atas jambatan di atas Sungai Machhu di bandar Morbi ketika kejadian, kata saluran TV tempatan Zee News.

Agensi berita India Press Trust of India, memetik pegawai yang tidak dinamakan, berkata jambatan itu runtuh kerana ia tidak dapat menanggung beban orang ramai yang berdiri di atasnya.

Rakaman yang disiarkan oleh saluran TV menunjukkan berpuluh-puluh orang berpaut pada kabel jambatan runtuh itu ketika pasukan kecemasan bergelut untuk menyelamatkan mereka.

Stesen penyiar NDTV melaporkan bahawa orang ramai turut berenang ke tempat yang selamat, dengan sebahagian daripada jambatan itu tenggelam di dalam sungai.

“Ramai orang datang ke sini memandangkan cuti Diwali dan hujung minggu… ia adalah tempat yang mesra pelancong. Apabila ia runtuh, orang ramai jatuh di atas satu sama lain,” kata seorang saksi kepada ANI.

Jambatan bersejarah sepanjang 230 meter itu dibina ketika pemerintahan British pada abad ke-19. Ia telah ditutup untuk pengubahsuaian selama enam bulan dan dibuka semula kepada orang ramai minggu lepas.

Perdana Menteri Narendra Modi, yang berada di negeri asalnya Gujerat untuk lawatan tiga hari, berkata beliau telah mengarahkan ketua menteri negeri untuk menggerakkan pasukan operasi menyelamat, lapor Reuters.

Presiden Droupadi Murmu menulis tweet: “Tragedi di Morbi, Gujarat, telah membuatkan saya bimbang. Fikiran dan doa saya bersama orang yang terjejas. Bantuan dan usaha menyelamat akan membawa bantuan kepada mangsa.”

Keluarga mereka yang terbunuh masing-masing akan mendapat 600,000 rupee (S$10,300) sebagai pampasan daripada kerajaan negeri dan persekutuan. – Agensi

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Stok beras mencukupi untuk lima bulan tampung keperluan: Mat Sabu
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
66 maut pesawat terhempas di Nepal
January 15, 2023
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok