1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi

December 8, 2022 · Isu semasa

Bekas pengurus perhubungan AmBank yang mengendalikan akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau mempunyai hubungan kerja yang rapat dan bersahabat dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Joanna Yu Ging Ping, 51, berkata Jho Low sering menjemputnya untuk bertemu di pangsapuri milik ahli perniagaan itu di Jalan Kia Peng, bersama-sama dengan beberapa rakan rapatnya, menurut laporan Bernama.

Bekas pegawai bank itu berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib pada perbicaraan rasuah dan pengubahan wang bekas perdana menteri itu membabitkan RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saksi pendakwaan ke-41 itu berkata beliau diperkenalkan kepada Jho Low oleh pegawai atasannya, Chan Wan Seong di pejabat ahli perniagaan itu di Menara Berkembar Petronas pada 2007.

“Pertemuan itu terutamanya mengenai pinjaman Majestic Masterpiece Sdn Bhd,” katanya sambil menambah bahawa Jho Low mempunyai tabiat memanggil pegawai bank untuk datang menemuinya di pangsapurinya.

Majestic Masterpiece dimiliki Wynton Private Equity Group dan Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corporation (ADKMIC). Jho Low adalah antara pengarah Wynton Private Equity Group.

Ketika ditanya Muhammad Shafee sama ada beliau pernah bersendirian dengan Jho Low pada bila-bila masa, saksi itu berkata biasanya beberapa pegawai 1MDB dan kroni Jho Low akan berada semasa pertemuan itu.

Yu juga mengakui beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Jho Low selepas waktu kerjanya.

Muhammad Shafee: Adakah kamu menjalin hubungan dengan Jho Low, maksud saya, sebagai seorang pegawai bank dan rakan? Yu menjawab “ya”.

Muhammad Shafee: Saya tidak menyatakan kamu mempunyai hubungan yang tidak sewajarnya dengan Jho Low, tetapi mempunyai hubungan rapat dengannya, adakah saya betul? Yu menjawab “ya”.

Muhammad Shafee kemudiannya menyoal Yu sama ada beliau telah ke Brazil untuk menyaksikan Piala Dunia. Saksi itu menjawab: “Saya tidak pernah ke Brazil”.

Muhammad Shafee: Kamu tahu tak yang Jho Low membawa sekumpulan orang untuk menonton Piala Dunia?

Yu: Saya hanya tahu dari akhbar.

Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin depan.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
11 jam lalu· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok