Gerakan buru Sajat diperluas ke sempadan negara

April 1, 2021 · Isu semasa

Polis tidak menolak kemungkinan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman menyamar untuk melarikan diri dari Malaysia, termasuk melalui jalan darat, kata Timbalan Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Asisten Komisioner Mohd Noh Khamis.

Tahun lalu, Sajat ketika melakukan umrah di Tanah Suci bertindak memakai pakaian seperti jemaah wanita ketika di Masjidil Haram, hingga menimbulkan kecaman umat Islam.

Sehubungan itu, Batalion 3 PGA mengedarkan gambar usahawan kosmetik kontroversi itu di sepanjang pos kawalan keselamatan bagi memastikan dia tidak dapat bolos ke negara jiran.

Beliau berkata, gambar Sajat mula diedarkan sejak bulan lalu, tetapi sehingga hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat membabitkan individu berkenaan.

“Kita memang sentiasa melakukan kawalan ketat di sempadan. Setakat ini, pintu sempadan memang tidak dibuka kepada orang awam dan hanya kenderaan berat yang membawa barangan industri sahaja dibenarkan melepasinya.

“Negara paling dekat untuk dia (Sajat) keluar ialah Thailand. Jadi kita akan teruskan pemerhatian. Mungkin juga akan berlaku penyamaran bagi mengelak daripada dikesan pihak penguat kuasa. Jadi kita akan teruskan kawalan ketat di semua pos kawalan,” katanya di Bukit Kayu Hitam, hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Sajat kemungkinan telah berada di luar negara selepas dikatakan menghilangkan diri sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lepas.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok