Dua lagi vaksin Covid-19 dilulus untuk kegunaan di Malaysia

July 16, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) meluluskan dua lagi vaksin Covid-19 untuk kegunaan ketika bencana setelah perkara itu dibincangkan pada Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-361, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kedua-dua vaksin berkenaan ialah Covilo (Sinopharm) buatan China dan Janssen (J&J) yang dikeluarkan Belgium.

“Kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Covilo adalah vaksin yang dibangunkan oleh China National Biotec Group Company Limited (CNBG), Sinopharm, yang juga dikenali sebagai vaksin Covid-19 Sinopharm.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat Covilo adalah vaksin imunisasi untuk individu berusia 18 tahun ke atas bagi melawan virus Covid-19.

Pemberian vaksinasi Covilo terdiri daripada dua dos berasingan yang masing-masing sebanyak 0.5 ml di mana dos kedua perlu diberikan antara 21 hingga 28 hari selepas dos pertama.

Susulan risiko jangkitan dan kematian akibat Covid-19 terhadap individu berusia, kumpulan itu dikenal pasti untuk diberi keutamaan.

Berdasarkan data keberkesanan dan keselamatan yang sangat terhad pada individu berusia 60 tahun ke atas FDA menyarankan pemberian kepada individu usia berkenaan perlu dilakukan secara berhati-hati.

Sementara Janssen pula adalah vaksin dikeluarkan Johnson & Johnson yang menerima pengesahan sementara Kumpulan Pakar Penasihat Strategik WHO (SAGE) mengenai Imunisasi.

Vaksin J&J boleh diberikan kepada individu yang pernah dijangkiti Covid-19. Vaksin itu juga boleh diberikan kepada wanita yang menyusu bayi.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.

“Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Guan Eng kena kecam isu kaum lain jadi PM Malaysia
October 27, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok