Lelaki 6 rekod jenayah mati ditembak ketika serang polis

July 16, 2021 · Isu semasa

Seorang lelaki yang mempunyai enam rekod jenayah ditembak mati selepas cuba menyerang polis menggunakan pedang samurai dalam satu kejadian amuk di Jalan Kaki Bukit, dekat Padang Besar semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Superintendan Saifudin Aslin Abbas berkata kejadian berlaku jam 6.50 petang selepas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah ke rumah lelaki berusia 55 tahun itu untuk membuat tangkapan susulan laporan berkaitan kes keganasan rumah tangga.

Katanya, sebelum itu pada jam 2.48 petang, isteri suspek berusia 52 tahun membuat laporan yang mendakwa didera dengan ditampar, ditarik rambut, dihentak muka ke lantai dan dipijak oleh suspek, selain diacu kapak di leher.

“Mangsa mendakwa diperlakukan demikian selepas menegur suspek yang dilihat bercakap sendirian dalam keadaan marah.

“Tindakan lelaki berusia 55 tahun itu yang enggan keluar dari rumah telah memaksa anggota polis memasuki rumah berkenaan melalui tingkap.

“Lelaki itu yang memegang sebilah pedang bertindak agresif hingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis sebelum satu tembakan amaran dilepaskan,” katanya hari ini.

Beliau berkata polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan kedua demi melindungi keselamatan semua anggota dan anak lelaki itu selepas lelaki berkenaan terus bertindak agresif menyerang polis.

Saifudin berkata lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat.

Lelaki itu mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah, ugutan jenayah, khianat serta kesalahan di bawah Akta Racun.

Kes berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, katanya.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok