Pusat pemberian vaksin dibuka di semua lapangan terbang

July 6, 2021 · Isu semasa

Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) bagi sektor pengangkutan udara akan dibuka di semua lapangan terbang di seluruh negara, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Katanya Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan berbuat demikian kerana sektor pengangkutan udara masih beroperasi walaupun berlaku pengurangan penerbangan.

“Setakat ini pembukaan PPVIN udara diberikan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai semalam dengan 22,243 petugas barisan hadapan di situ akan diberi vaksin.

“Ini sektor penting yang masih beroperasi ketika kawalan pergerakan. Walaupun ada pengurangan penerbangan di lapangan terbang di Malaysia, sektor ini terus beroperasi.

“Untuk melindungi kakitangan terbabit, CITF membuat keputusan untuk mengutamakan sektor pengangkutan udara dalam PICK bawah industri perlu.

“Saya juga akan memberi perhatian kepada sektor pengangkutan udara dan lapangan terbang di negeri lain supaya pekerjanya turut dilindungi dengan vaksin,” katanya selepas melawat PPVIN di KLIA yang berupaya memberi suntikan vaksin sehingga mencecah 1,000 petugas sehari.

Khairy juga memaklumkan sehingga minggu pertama bulan ini, CITF sudah meluluskan pembukaan 27 PPVIN di seluruh negara.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok