Jenazah 4 sekeluarga korban nahas dikebumi dalam satu liang

March 29, 2021 · Isu semasa

Jenazah empat sekeluarga, termasuk dua kanak-kanak, korban nahas di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, awal pagi tadi, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Morib, Selangor, petang ini.

Mereka yang maut dalam nahas itu ialah Marlianna Abdul Muid, 37; adiknya Marlia, 36; Muhammad Aisy Harraz Aziz, 7; dan Muhammad Faizz Aryan Mohd Faizuddin, 9.

Mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang ke Morib, Selangor selepas menghadiri kenduri kahwin salah seorang adik mereka di Kota Bharu, Kelantan.

Marlina Abdul Muid, 34, yang kehilangan anak lelakinya Muhammad Aisy ketika ditemui Bernama berkata, beliau tidak pernah terlintas akan turut kehilangan dua kakaknya Marlianna, dan Marlia, secara serentak dalam kemalangan itu.

Katanya, mereka bergerak pulang ke Morib secara berkonvoi dengan tiga kereta, selepas menghadiri majlis perkahwinan adik lelakinya.

“Masa bersiap sebelum bergerak, semuanya elok saja…anak saya memang rapat dengan dua ibu saudaranya, sebab itu mereka naik kereta bersama-sama,” katanya.

Marlina, anak ketiga daripada enam beradik berkata, lebih menyayat hati apabila kemalangan itu berlaku di hadapan mata ibu mereka yang menaiki kereta lain bersama-sama adik lelakinya.

“Masa kejadian kereta saya sudah di hadapan manakala kereta mangsa di belakang…ketika dalam perjalanan adik lelaki yang memandu di belakang kereta kakak telefon dan beritahu kakak terlibat dalam kemalangan.

“Kami berpatah balik dan sejurus tiba, anggota bomba berada di tempat kejadian bagi membantu mengeluarkan mereka,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4.10 pagi itu, Marlianna yang juga pemandu Perodua Myvi dan Marlia maut di tempat kejadian manakala Muhammad Aisy Harraz dan sepupunya Muhammad Faizz Aryan, disahkan meninggal dunia jam 6.30 pagi, selepas menerima rawatan di Hospital Bentong.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Marlianna cuba memotong sebuah kereta di hadapannya, namun tidak berjaya sebelum bertembung dengan treler yang membawa muatan kereta.

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Remaja 16 tahun pandu tanpa lesen rempuh motosikal sehingga dua maut
November 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok