Saksi kes rogol wakil rakyat DAP beri keterangan secara tertutup

June 24, 2021 · Isu semasa

Pembantu rumah yang menjadi mangsa rogol membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan seorang saksi akan memberi keterangan secara tertutup di Mahkamah Tinggi Ipoh mengikut Akta Perlindungan Saksi 2009.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed berkata identiti kedua-dua saksi akan dilindungi ketika proses perbicaraan secara tertutup dan Seksyen 15 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, akan diguna pakai.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan, yang mana terdapat keperluan bagi kedua-dua saksi dilindungi mengikut Akta Perlindungan Saksi 2009 dan Seksyen 265A Kanun Tatacara Jenayah.

“Kedua-dua saksi terlindung akan memberi keterangan secara tertutup di mahkamah dan hanya boleh dilihat hakim, serta saksi akan dirujuk sebagai saksi terlindung,” katanya pada prosiding dijalankan melalui aplikasi Zoom hari ini.

Memetik laporan Bernama Abdul Wahab berkata, pengecaman saksi juga perlu dilakukan secara tertutup dan identiti saksi terlindung dan tiada sesiapa boleh menyiarkan nama, alamat atau foto saksi terlindung, atau sebarang keterangan membawa pengenalan mereka di dalam kes ini.

Bagaimanapun katanya, suara saksi boleh didengari pihak pendakwaan dan peguam tanpa melihat saksi ketika memberi keterangan.

Katanya, mahkamah mengekalkan tarikh perbicaraan pada 12 hingga 16 Julai ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan terkini.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fitri Sadarudin, manakala pasukan pembelaan terdiri daripada Datuk Rajpal Singh, Salim Bashir dan Phang Yong Nur Sarah.

Pada 28 Mei lalu, Abdul Wahab dilaporkan berkata, mahkamah akan membuat inkuiri terhadap kedua-dua saksi dalam kes itu terlebih dulu, sebelum membuat keputusan berhubung permohonan pendakwaan supaya dua saksi itu memberi keterangan secara tertutup, mengikut Akta Perlindungan Saksi 2009.

Pada 6 April lalu, Pengarah Pendakwaan Perak, Datuk Jamil Aripin memaklumkan, dua saksi itu adalah peserta Program Perlindungan Saksi di bawah akta berkenaan dan menyatakan hasrat mereka untuk memberi keterangan secara tertutup, tanpa dilihat tertuduh dan peguamnya serta enggan identitinya didedahkan.

Sebelum ini, mahkamah mendengar keterangan beberapa orang saksi pendakwaan pada perbicaraan bermula pada 5 April lalu.

Paul Yong, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya warga Indonesia, di kediamannya di Meru Desa Park antara jam 8.15 malam hingga 9.15 malam pada 7 Julai 2019.

Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen, namun pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Paul Yong kali pertama didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini, pada 23 Ogos 2019 ketika beliau memegang jawatan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.

Berita berkaitan
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023· Isu semasa
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Rogol dua anak, bapa dipenjara 36 tahun dan kena 20 sebatan
May 10, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok