Siti Nurhaliza, suami dikompaun RM10,000 setiap seorang

May 27, 2021 · Isu semasa

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu majlis tahnik anak keduanya, awal bulan ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, turut dikenakan kompaun ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan penceramah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal dan Ustaz Iqbal.

“Mereka turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang. Selain itu, tiga anak Khalid turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya pada Khamis sambil menjelaskan Norman Hakim dan Abby Abadi juga dikenakan kompaun.

Pada 3 Mei, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak dilaporkan berkata, siasatan dijalankan selepas pihaknya menerima satu laporan mengenai majlis itu.

Kes disiasat mengikut Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Sebelum ini, tular di media sosial beberapa gambar berkaitan gambar majlis tahnik bersama majlis akikah yang diadakan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa Ampang, Selangor pada 26 April lalu selepas melahirkan anak keduanya, Muhammad Afwa.

Terdapat segelintir netizen tidak berpuas hati dan mempersoalkan kehadiran menteri dan penceramah yang dikatakan merentas negeri semata-mata untuk menghadiri majlis berkenaan selain mendakwa penyanyi tersohor itu tidak sensitif dengan situasi semasa pandemik Covid-19.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok