PN tak takut undi 18, pendaftaran automatik pemilih: PM

March 27, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menjelaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak gentar sekiranya pengundi usia 18 dan pendaftaran pemilih automatik dilaksanakan segera.

Sambil menyokong sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyegerakan proses pelaksanaannya, beliau bagaimanapun menerima penjelasan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, baru-baru ini, mengenai penangguhan pelaksanaan proses itu.

“Ini bukan mengenai kerajaan PN. Ia adalah tentang suruhanjaya yang kami sokong. Apa juga usaha mereka (SPR) untuk selesaikan kerja-kerja mereka, kita bantu. Tetapi keupayaan dalam situasi pandemik dan sebagainya, tidak boleh buat begitu (laksanakan pendaftaran automatik dan Undi18).

“Oleh itu, saya menerima penjelasan SPR. Kita tidak boleh debat tentang isu itu (pelaksanaan), jadi kalau boleh, segerakan,” kata Ahli Parlimen Pagoh itu pada sidang media selepas merasmikan Zon Ekonomi Khas Pagoh fasa pertama, hari ini.

Membidas dakwaan sesetengah pihak kononnya PN mempunyai kaitan dengan penangguhan pelaksanaan proses berkenaan, Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat oleh badan bebas sendiri setelah mengambil kira pelbagai aspek pelaksanaannya.

Sambil menekankan keputusan itu diputuskan sendiri SPR, beliau berkata, badan bebas itu ada menjelaskan bahawa mereka tidak mampu melaksanakannya dalam masa terdekat memandangkan pelbagai aspek harus diambil kira dan membabitkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Dia (Pengerusi) menerangkan, keupayaan untuk melaksanakannya bukan sahaja datang dari SPR, tetapi juga badan-badan lain. (Contohnya) Jabatan Pendaftaran Negara…kalau nak didaftarkan secara automatik, kena semak kad pengenalan, dia (pemilih) punya alamat… jadi ini kerja-kerja yang besar, melibatkan jutaan pengundi baharu, jadi saya tak boleh pertikaikan,” katanya.

Muhyiddin memberitahu beliau juga ada bertanyakan kepada SPR sama ada pelaksanaan itu boleh dipercepatkan daripada tarikh yang diberikan SPR iaitu seawal 1 September 2022.

“(SPR kata) Kalau boleh September (2022), itu pun paling cepat. (Saya tanya) kalau boleh September tahun ni? Dia kata tak boleh. Habis nak paksa macam mana.

“Jadi kita semua emosi mengenainya…ia bukan mengenai kerajaan PN takut kepada orang muda. Nanti daftar, lepas itu tak sokong PN. Saya percaya sebahagian besar anak muda ini menyokong kerajaan…jadi lagi cepat lagi bagus.

“Tapi nak buat macam mana. Ini soal yang berbangkit…jadi kita perlu realistik mengenainya, tak perlu politik sangat. Biar kita lihat bagaimana SPR boleh melaksanakan tanggungjawabnya,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas mengenai sama ada keputusan SPR itu adalah satu keputusan yang relevan. Kelmarin, SPR dalam satu kenyataan mengumumkan pendaftaran pemilih automatik dan Undi18, dijangka hanya boleh dilaksanakan selepas 1 Sept 2022.

Keputusan itu menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat dan parti politik yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan langkah berkenaan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok