Kejatuhan ringgit, BNM jalan terbaik bincang dasar monetari: Rafizi

May 30, 2023 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) bertanggungjawab dalam menguruskan isu monetari negara dan sebarang hala tuju melibatkan nilai ringgit bergantung kepada badan itu, kata Rafizi Ramli.

Nilai ringgit merosot teruk kebelakangan ini dan terdapat cadangan kepada kerajaan dan BNM untuk menimbang langkah menambat mata wang tempatan bagi mengekang kejatuhan lebih teruk.

Mengenai sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk menambat ringgit, Rafizi tidak komited mengenainya dan berkata “belum lagi.”

“Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang seterusnya akan diadakan dalam masa dua minggu, tetapi saya fikir ia akan menjadi perbincangan umum mengenai ekonomi.

“Kita juga akan membincangkan semua pembaharuan struktur lain, tetapi setakat ini belum ada apa-apa perbincangan mengenai apa-apa sahaja yang drastik (berkaitan dengan) menghadapi ketidaktentuan pasaran ini,” katanya dipetik laporan Bernama semasa menghadiri Siri Persidangan Affin 2023 hari ini.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi itu berkata beliau akan menunggu BNM membuat keputusan mengenai (tindakan berhubung) ringgit kerana bank pusat itu mempunyai pandangan jangka panjang mengenainya, manakala ahli politik mempunyai pandangan jangka pendek.

“Kita akan menunggu BNM… kita juga akan mempunyai pandangan dan bertukar-tukar pandangan, tetapi kita berharap dasar monetari kita tidak akan mendatangkan bahaya dalam jangka pendek dan untuk itu, saya fikir bank pusat masih merupakan jalan terbaik bagi kita membincangkan dasar monetari,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Rafizi berkata negara bersedia untuk melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaganya secara berfasa mulai bulan depan, meletakkan cita-cita sifar bersih negara sebagai tindakan dengan mengenal pasti inisiatif impak utama dan pelan pelaksanaan untuk dua dekad akan datang.

Pelan hala tuju itu menggariskan langkah-langkah kerajaan untuk mencapai sasaran kapasiti tenaga boleh diperbaharui (RE) sebanyak 70 peratus menjelang 2050.

“Kita akan melancarkan fasa pertama menjelang akhir Jun, yang mana ia merangkumi projek dan inisiatif strategik seperti ladang hidrogen dan solar, serta zon khas RE.

“Manakala fasa dua akan diadakan pada Ogos tahun ini, mengenai perkara yang dibolehkan — yang saya maksudkan ialah reformasi perundangan, pembiayaan insentif yang ada yang akan kami lakukan untuk mempercepatkan peralihan itu,” katanya lagi.

Beliau berkata kerajaan perlu memacu perubahan melalui kerjasama rapat dengan industri memandangkan pelan peralihan tenaga negara adalah satu usaha yang besar.

“Saya fikir untuk fasa pertama pada bulan Jun dan fasa kedua pada bulan Ogos, akan ada lebih banyak kejelasan kerana saya juga bercakap tentang cabaran (seperti) sinis yang perlu kami atasi.

“Saya faham tentang perkara itu. Jika saya berada di luar, saya akan menjadi sinis juga kerana saya pernah mendengarnya sebelum ini, orang mahu melihat tindakan, dan dengan tindakan, (bermakna) perkara sebenar boleh dibangunkan,” tambahnya.

Terdahulu, dalam ucaptamanya, Rafizi berkata pelan hala tuju adalah langkah penting dalam meletakkan wang di bidang pertumbuhan strategik, bukan semata-mata menabur janji dalam kelestarian alam sekitar dan tidak lagi melihat pertumbuhan ekonomi dan pelepasan karbon sebagai matlamat yang tidak bersesuaian.

“Walaupun ada yang masih memperdebatkan tentang pulangan kewangan daripada projek-projek yang boleh diperbaharui tertentu, kami bersedia untuk melabur wang untuknya dan membuka projek itu kepada seramai mungkin pelabur yang berminat untuk menyertainya secara bersama.

“Kita menganggarkan cita-cita seperti ini memerlukan pelaburan sebanyak RM637 bilion (atau US$150 bilion), jumlah yang akan membentuk semula landskap dan perbualan mengenai tenaga boleh diperbaharui di rantau ini,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok