580 mangsa banjir di 3 negeri pindah ke tujuh PPS hingga malam ini

February 5, 2023 · Isu semasa

Seramai 580 mangsa banjir daripada 159 keluarga di tiga negeri – Kelantan, Johor dan Sabah – dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sehingga jam 8 malam ini (Ahad, 5 Februari 2023).

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), 506 mangsa daripada 141 keluarga di dua daerah di Johor dipindahkan ke lima PPS.

Ia melibatkan 480 mangsa (132 keluarga) di Daerah Batu Pahat yang dipindahkan ke empat PPS, manakala 26 mangsa (sembilan keluarga) di[indahkan ke sebuah PPS di Daerah Segamat.

Di Sabah, seramai 46 mangsa daripada 12 keluarga di pindahkan ke sebuah PPS di Beaufort, manakala 28 mangsa (enam keluarga) di Pasir Mas, Kelantan, dipindahkan ke sebuah PPS.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan sehingga jam 8 malam ini, bacaan ketinggian air di stesen pengukur Empangan Bekok di Johor menunjukkan paras Sungai Batu Pahat di Batu Pahat telah melebihi paras bahaya iaitu 18.93 meter (m), berbanding 14.50m paras normal.

Sungai Pulai di Kampung Ulu Pulai, Pontian pula mencatat 2.34m, berbanding 0.50m paras normal.

Pada masa sama, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan Wilayah Persekutuan, sehingga jam 11 malam ini.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka:

  • Kedah (Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan);
  • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim);
  • Kelantan (Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai);
  • Pahang (Maran, Bera, Pekan dan Rompin);
  • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang);
  • WP Kuala Lumpur;
  • WP Putrajaya; dan
  • Sarawak – Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok