Kerajaan Kedah tampung bayaran sewa sehingga rumah baharu mangsa banjir siap

January 5, 2023 · Isu semasa

Bayaran sewa rumah mangsa banjir di Baling akan terus dibayar kerajaan negeri Kedah sehingga rumah baharu mereka disiapkan, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menteri Besar Kedah itu memberi komitmen kerajaan negeri akan menampung bayaran sewa rumah yang didiami oleh beberapa keluarga yang menjadi mangsa banjir sementara menunggu pembinaan rumah mereka yang sedang berjalan siap sepenuhnya.

“Saya akan berbincang dengan Pegawai Daerah Baling kerana kita sasarkan itu siap sepenuhnya pada Disember lalu, dan kerajaan negeri juga menanggung bayaran sewa rumah mangsa banjir selama enam bulan.

“Tetapi sekarang sudah masuk Januari dan rumah masih belum siap lagi, jadi kita akan bantu untuk sambung bayaran sewa itu hingga semua rumah berkenaan siap dibina sepenuhnya,” katanya dipetik laporan media.

Ketika ini, pembinaan rumah baharu penduduk yang kehilangan kediaman akibat banjir di Baling pada 4 Julai tahun lalu sedang berjalan dan dijangka siap selewat-lewatnya hujung bulan depan.

Pembinaan rumah di Desa KEDA Kampung Sadek, Baling, masih berjalan dengan hanya empat rumah sedang dibina, manakala selebihnya dalam proses menambun tanah.

“Kita tidak boleh (siap rumah) lepas Februari sebab sasaran kita Disember. Kalau saya cakap siap awal, tetapi tidak boleh siap pada waktu yang dimaklumkan susah pula.

“Jadi saya akan minta laporan jangkaan bila rumah itu boleh siap daripada pihak pemaju,” katanya lagi.

Pada 6 Julai tahun lalu, Muhammad Sanusi memaklumkan bahawa kerajaan Kedah akan menanggung sepenuhnya bayaran sewa untuk penempatan sementara selama enam bulan bagi penduduk yang kehilangan rumah akibat banjir puing.

Kejadian banjir puing pada 4 Julai itu itu menyebabkan 41 kawasan di daerah Baling terjejas yang turut mengorbankan tiga nyawa termasuk wanita hamil serta mengakibatkan kerugian berjumlah RM28 juta.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023
‘Terengganu Menangis’: 26 hadir kenduri terjangkit Covid-19
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok