Penubuhan 1MDB semuanya bermula dengan idea Jho Low, kata saksi kes Najib

October 13, 2022 · Isu semasa

Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang juga rakan banduan, Datuk Seri Najib Razak adalah perancang utama penubuhan awal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Seorang saksi yang juga bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu Ging Ping semasa memberi keterangannya memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, penubuhan 1MDB bermula dengan kelahiran awal sebuah syarikat pelaburan, Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA) yang ditubuhkan pada 2009.

Joanna memberitahu Jho Low memaklumkan pengurusan Ambank TIA ditubuhkan bagi mengumpul dana untuk membangunkan negeri Terengganu sekitar 2007, ia dimiliki oleh Menteri Besar Terengganu Diperbadankan manakala Sultan Terengganu yang kemudiannya menjadi Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai pemilik majoriti.

TIA kemudiannya dipindahkan kepada kerajaan Persekutuan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) pada 2009 dan dinamakan semula 1MDB.

Menurut Joanna, 51, Jho Low merancang membuat pelaburan di Terengganu kerana ketika itu Tengku Datuk Rahimah Almarhum Sultan Mahmud merancang membangunkan negeri berkenaan.

Saksi pendakwaan ke-41 berkata, Tengku Rahimah yang juga adinda Sultan Mizan ketika itu adalah Pengarah Loh & Loh Corporation Bhd..

“Bantuan yang mereka (Jho Low dan pasukan) minta daripada bank adalah untuk mengemukakan cadangan terbitan bon untuk syarikat terbabit,” ujarnya ketika membacakan pernyataan saksi.

Terdahulu, Joanna berkata, beliau pertama kali mengenali Jho Low ketika ditugaskan oleh Chan Wan Seong (Pengarah Perhubungan Perbankan Ambank ketika itu) untuk mengendalikan pinjaman Majestic Masterpiece Sdn. Bhd. pada tahun 2007.

Katanya, selain Jho Low, beliau turut diperkenalkan oleh Wan Seong kepada Tan Vern Tact (pegawai Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad) dan Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn. Bhd., Nik Faisal Ariff Kamil.

Joanna berkata, Majestic dimiliki oleh Wynton Private Equity Group dan Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corporation (ADKMIC) yang ketika itu dalam proses mengambil alih saham Loh & Loh Corporation Berhad dan Putrajaya Perdana Berhad.

Menurut saksi, Jho Low ialah salah seorang pengarah Wynton.

Joanna hari ini memberi keterangan bagi kes perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pertuduhan rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok