Selepas beberapa hari mengalami kejatuhan, ringgit dibuka tinggi sedikit

October 5, 2022 · Isu semasa

Walaupun berdepan tren kejatuhan yang teruk sejak 24 tahun sejarah negara, nilai ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar pada pagi ini.

Semalam ringgit ditutup rendah 4.6420/6450 berbanding dolar dan semasa sesi dagangan awal hari ini dibuka 4.6355/6400, masih berada pada paras RM4.60 dan semakin menghampiri RM4.70.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding pound Britain 5.3039/3091 daripada 5.2752/2786 pada penutup Selasa dan turun sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.2555/2591 daripada 3.2462/2487 semalam.

Ringgit turut lemah berbanding yen Jepun pada 3.2222/2256 daripada penutupan semalam pada 3.2067/2090 dan rendah berbanding euro kepada 4.6248/6293 daripada 4.5863/5893 sebelumnya.

Dalam pada itu, spekulasi juga kuat mengatakan Parlimen bakal dibubarkan pada Jumaat ini selepas UMNO meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersembahkan cadangan pembubaran Dewan Rakyat dengan kadar segera bagi mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Tak jawab tuduhan, tapi PM baharu saman MP Kuala Terengganu pula
December 22, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok