Anak bekas Menteri Agama meninggal dunia, Al Fatihah

October 2, 2022 · Isu semasa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan pemergian anak lelakinya pada Ahad.

Menerusi perkongsian di Facebook, Zulkifli memaklumkan pemergian anaknya, Hammad Zulkifli, 22, yang menghembuskan nafar terakhir pada jam 5.22 pagi Sabtu di sisi ahli keluarga.

Zulkifli amat sedih dengan pemergian tersebut dan meminta maaf bagi pihak anaknya jika terdapat salah dan silap.

“Air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini.

Jutaan terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami menguruskan Hammad dari awal, sehinggalah ke liang lahad. Bagi pihak keluarga, saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap di pihak anakanda saya, Hammad.

“Insya-ALLAH, solat jenazah akan dilaksanakan pada jam 9.45 pagi di Kompleks Islam Tuanku Muhriz, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),” katanya.

Sementara itu, Zulkifli memaklumkan, program Jalsah ‘Ilmiyyah yang dikendalikannya pada pagi Ahad, jam 9 pagi akan diteruskan seperti biasa sebelum solat jenazah anaknya yang dijadualkan pada jam 9.45 pagi.

Jelasnya, kemuliaan ilmu tidak ada galang gantinya.

“Al-Hafiz al-Munziri (wafat 656H) terkenal sebagai salah seorang ulama yang begitu tekun dengan ilmu. Beliau sesekali tidak akan meninggalkan madrasahnya untuk apa jua tujuan walaupun untuk berehat. Hidupnya hanya diwakafkan untuk ilmu.

“Ada kisah yang diriwayatkan oleh Al-Imam Tajuddin al-Subki berkenaan kewafatan anak kepada Al-Hafiz al-Munziri. Beliau solat jenazah untuk anaknya di dalam madrasah dan menghantar jenazah hingga ke muka pintu.

“Beliau lalu berkata ‘Wahai anakku, aku tinggalkan dirimu kepada Allah Ta’ala’. Lalu beliau kembali masuk ke dalam untuk menekuni ilmu.

“Betapa ulama silam memuliakan ilmu walaupun anaknya meninggal dunia. Atas asas ini, saya teruskan kuliah pada pagi ini,” ujar beliau.

Berita berkaitan
Jelaskan larangan guna kalimah Allah kepada ketua agama lain: Mufti
June 7, 2023· Isu semasa
Tentukan arah kiblat cara tepat petang ini
May 28, 2023· Isu semasa
Bekas Menteri Agama tuntut penjelasan kerajaan tarik balik rayuan kalimah Allah
May 16, 2023· Isu semasa
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023· Politik
Popular
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok