Tentukan arah kiblat cara tepat petang ini

May 28, 2023 · Isu semasa

Rakyat Malaysia boleh menentukan arah kiblat dengan tepat menerusi kaedah Istiwa Adzam tepat jam 5.18 petang ini, lapor BH.

Melalui Istiwa Adzam atau kaedah bayang matahari ketika matahari atas kaabah, umat Islam berpeluang menentukan sendiri arah kiblat menggunakan bayang matahari dibantu dengan peralatan yang mudah iaitu objek tegak seperti sebatang kayu.

Istiwa’ Azam adalah fenomena yang berlaku apabila matahari berada diatas titik Zenit sesuatu tempat ketika ia melintasi di Median tempat berkenaan. Ketika Matahari Istiwa di atas Kaabah, bayang-bayang objek di mana-mana tempat di bumi yang menerima cahaya Matahari boleh menjadi panduan arah kiblat.

Fenomena ini berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei (5.18 petang) dan 16 Julai, jam 5.28 petang.

Sementara itu Jabatan Mufti Selangor berkata pengukuran kiblat tepat oleh orang ramai boleh dilakukan menggunakan apa sahaja objek yang tegak di kediaman masing-masing seperti tingkap dan pintu tepat jam 5.18 jam.

Dalam tutorial yang dikeluarkan Jabatan Mufti Selangor menunjukkan bayang yang jatuh itu adalah menunjukkan arah kiblat.

“Jadi apa yang boleh dilakukan kita adalah ambil marker pen atau pembaris, dari arah bayang ke arah objek (yang tegak seperti pagar atau pintu). Itulah arah kiblat kita, Masanya adalah 5.18 petang.

“Sekiranya terlepas (masa 5.18 petang), anda boleh menanda arah kiblat sendiri sekurang-kurangnya dalam tempoh 20 minit daripada masa tadi kerana arahnya masih lagi sama, Insya-Allah,” katanya.

Berita berkaitan
Jelaskan larangan guna kalimah Allah kepada ketua agama lain: Mufti
June 7, 2023· Isu semasa
Tiada keperluan umat Islam ziarah ke rumah ibadat agama lain, kata Mufti Pahang
March 18, 2023· Isu semasa
MN Negeri Sembilan bidas langkah tukar nama jalan dengan nama pengasas DAP
February 17, 2023· Politik
Ibu Mufti Perlis meninggal dunia
January 22, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027
May 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok